"Penyerang Aston Villa, Gabby Agbonlahor bergaya dengan jersi baru Aston Villa yang kini ditaja oleh Genting UK"
Kelab EPL, Aston Villa telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kerjasama kelab berkenaan dengan Genting dalam tempoh selama dua tahun, bermula 1 Julai dan merangkumi musim 2011-12 dan 2012-13.
Menerusi perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak, jersi kelab Aston Villa semasa beraksi di laman sendiri dan tempat lawan juga akan dilengkapi dengan logo Genting Casinos selama dua musim.
Jumlah sebenar tajaan itu masih belum diumumkan lagi setakat ini.
Jersi ini sekarang sudah boleh dibeli secara pre-order dan akan berasa di pasaran pada July 14.
Lallakom:
Walaupun syarikat Malaysia telah menaja kelab ini, perasaan ingin membeli serta memakai jersi ini terbantut disebabkan perkataan 'Casinos' yang terpapar jelas di jersi berkenaan. Jadi lupakan sajalah niat untuk menyokong syarikat Malaysia ini. Apa-apapun tahniahlah buat Genting yang berjaya menjadi penaja kelab ini dan juga menjadi jenama baru di EPL.
Semoga kelab Aston Villa terus berjaya dan diharapkan agar menjalinkan kerjasama dengan kelab-kelab Liga Malaysia demi memajukan bola sepak Malaysia dan dunia.
Sumber AVFC
kita sokong cardiff city..malaysian owner lagi..logo jersey siap tulis malaysia
ReplyDeleteterbaiklah Vincent Tan..
ReplyDeletesekarang musim orang menaja jersi la jawabnya. haha..
ReplyDelete