Saturday, 6 August 2011

Kehausan Janda Yang Kesepian


Kisah ini berlaku agak-agak dalam awal bulan Ogos tahun 2008. Nora merupakan seorang wanita yang cantik serta menawan. Tambahan pula, bentuk badannya yang sentiasa 'bergetah' memang menjadi pujaan hati ramai kaum lelaki. Dan ini merupakan satu keistimewaan yang ada pada dirinya. Bukannya ilmu-ilmu hitam dan susuk yang merupakan syirik.

Tapi sayang, walaupun dia tergolong dalam golongan 'HOT', Nora merupakan seorang janda yang masih belum mempunyai cahaya mata.
Suaminya meninggal dunia ketika nahas kapal terbang di Munich.
Ketika berita kematian suaminya, Nora menangis tidak henti-henti. Dia memang sayangkan suaminya walaupun pada satu masa, Nora pernah bermain kayu tiga. Dia memang sedih kerana terpisah selamanya dengan suaminya.

Dan sejak kematian suaminya, Nora senantisa digoda oleh ramai lelaki sama ada berjawatan tinggi dan juga penganggur terhormat. Walaupun ditawarkan harta yang bertimbun-timbun, dia bertekad untuk menjaga perlakuannya kerana takut perkara ini mungkin akan mendatangkan fitnah dan kata-kata nesta disebabkan kematian suaminya masih dalam 2 bulan lebih. Oleh itu, Nora masih berjaya menahan nafsunya yang kehausan.

Namun pada suatu malam itu, kekuatan jiwanya untuk menahan kehausan tidak lagi terdaya. Nora terjaga daripada tidur kerana fikirannya bercelaru, badannya agak panas serta nafasnya tercungap-cungap. Dia berasa agak tertekan dan langsung tidak mampu berfikir apa-apa. Nafsu kehausannya pantas datang membuak-buak bagaikan halilintar.

Namun, selepas beberapa minit, Nora sempat mengawal fikirannya. Dia kini boleh berfikir dengan tenang. Apila fikirannya kembali normal, dia bingkas bangun dari katil dan terus ke dapur. Seterusnya dia mencapai gelas dan lantas menuangkan air sejuk yang diambil dari peti sejuk. Dia berjaya menghabiskan 3 gelas air. Oleh itu, kehausannya sudah hilang. Dia berasa lega. Mungkin begitu nikmat sekali.
Kemudian Nora terus masuk ke bilik untuk meneruskan tidurnya yang terganggu dek kehausan yang melanda.

Santai Ahad Bersama Lallakom.




7 comments:

  1. he...he..

    ingatkan kehausan apa la janda neh..

    rupanya dahaga air...haus jugak neh...air sejook tgh2 hari cmne..huawwaw

    ReplyDelete
  2. nasib baik waktu mlm,klu siang batal puasa,sbb minum

    ReplyDelete
  3. @ila - isshh.. x bole minum air tgh hari..bulan depan bole la..hehe
    @ct - hehe..

    ReplyDelete
  4. hahaa...dah abes dah ke? ala, buat la panjang lagi. bagi suspen~ hek

    ReplyDelete
  5. @dhiera da abis dah..Nora skang kelaparan lak.hehe

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha......kehausan yang amat sangat tu....

    ReplyDelete
  7. @dezaman hehe..kurang air dalam badan kot..

    ReplyDelete

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...