Friday 17 June 2011

Korang Peminat Adele?

Kenal tak Adele? Mesti ramai yang da kenalkan. Penyanyi ala Country yang suaranya amat sedap didengar. Hehe..
Lallakom ingin menceritakan sedikit pasal Adele walaupun beliau tidak secantik mahupun terkenal macam Taylor Swift di Malaysia.


Ketika Grammy Awards 2009, Adele telah memenangi anugerah Best New Artist dan Best Female Pop Vocal Performance. Hebat tuuu.. Huhu.
Setakat ini Adele telah memiliki sebanyak 2 album iaitu 19 dan 21.

Album 21 beliau telah menduduki tangga pertama UK Album Chart selama 11 minggu berturut dan telah memecah rekod yang dimiliki oleh Madonna yang hanya sempat selama 9 minggu tahun 1990.

Sekarang ni Adele telah menjadi Orang Kaya Baru yakni telah menjadi penyanyi yang bernilai £6 juta lantas meletakkan namanya pada kedudukan ke 9 dalam senarai bintang muzik bawah 30 tahun terkaya Britain.

Jadi korang bolehlah mula mencari lagu-lagu Adele untuk menilai sendiri bakat yang ada pada penyanyi dan penulis lirik lagu ini.
Lallakom syorkan korang dengar lagu Someone Like You, Don't You Remember, Chasing Pavements dan Rolling in the Deep.
Dengarkanlah!!
Huhuu..





No comments:

Post a Comment

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...