Sunday 31 July 2011

Jangan Beli Kurma JORDAN RIVER

Kurma sememangnya menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Sempena bulan puasa yang mulia ini, Lallakom terbaca satu info yang menyatakan terdapat produk kurma yang diimport dari Israel terdapat di pasaran Malaysia.
Jika anda ingin membeli kurma, pastikan anda tidak membeli kurma jenama JORDAN RIVER ini.


Jika anda membeli kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Walaupun namanya terdapat perkataan 'Jordan', kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia yang tercinta.
Semoga semua makanan dalam diri kita halal, bersih dan suci.

Jadi kita kenalah berhati-hati dan berwaspada terhadap produk-produk yang memberikan keuntungan kepada negara HARAM Zionist ini. Teruskan kempen memboikot segala benda yang berkaitan dengan Israel termasuk Yossi Benayoun sekali.
Hehe..

Lallakom - Selamat Bersahur, Berpuasa, Berbuka, dan juga Beribadat.



Saturday 30 July 2011

Kebanyakan Negara Arab, Timur Tengah Mula Ramadan Esok

Pihak berkuasa di kebanyakan negara rantau Timur Tengah mengisytiharkan Ramadan bermula esok, membolehkan umat Islam menunaikan ibadat berpuasa selama sebulan.

Kenyataan rasmi dikeluarkan di Mesir, Arab Saudi, Lebanon, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Kuwait, Qatar dan Yemen mengatakan bulan Ramadan bermula esok, lapor laman msn memetik AP hari ini.

Menurut laporan itu, perbezaan politik dan pertikaian agama antara negara-negara majoriti Sunah dan Syiah di rantau itu juga kadangkala memainkan peranan dalam menentukan tarikh permulaan bulan Ramadan.

Tahun ini, cuaca musim panas yang agak panjang dikhuatiri menjadi cabaran kepada umat Islam berpuasa.

Bagi mengurangkan mereka yang berpuasa berhadapan dengan cuaca panas, pegawai-pegawai Palestin di Tebing Barat dan Gaza berkata mereka akan mempercepatkan sejam tempoh berpuasa, bermakna waktu berbuka puasa datang sejam awal.

Mengikut laporan awal minggu ini, Malaysia akan melihat anak bulan Ramadan 2011 hari ini dan tarikh permulaan puasa akan ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.

Pengumuman akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja malam ini.

Sumber The Malaysian Insider




Gerrard Terlepas Lagi


Kapten Liverpool, Steven Gerrard bakal disisihkan lagi mungkin sehingga September disebabkan kecederaan groin yang masih berulang.

Sekadar maklumat, Gerrard tidak mengikuti jelajah bersama rakan sepasukannya ke Asia seperti China dan Malaysia.

Paling kurang, beliau akan terlepas 3 perlawanan liga, yang mana perlawanan pembukaan liga menentang Sunderland dan seterusnya Arsenal dan Bolton.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Liverpool menyatakan Gerrard telah memulakan rawatan antibiotik susulan untuk pencegahan yang berkaitan dengan masalah kecederaan groin yang dihadapi oleh beliau.
Beliau juga dijangkakan perlu tinggal di hospital untuk beberapa hari lagi sehingga semua prosedur yang diambil selesai.

Gerrard juga mungkin bakal terlepas untuk perlawanan pasukan England pada kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria (2 September) dan Wales (6 September).

Ketiadaan Gerrard ini bakal memberi peluang kepada Chalie Adam untuk menggalas peranan pemain tengah dan juga membantu kemenangan Liverpool yang kehausan kejuaraan dan piala.
Siapa Charlie Adam? Klik Sini.




Friday 29 July 2011

Kenyataan Anti-Yahudi: FAM Mohon Maaf


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memohon maaf kepada Chelsea berikutan kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lalu.

Menurut Reuters, FAM dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak.

“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea tidak membuat aduan mengenai kejadian yang didakwa berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu pada kadar segera, sebaliknya mereka hanya berbuat demikian kelmarin.

“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.

“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” kata kelab berkenaan.

Lallakom - Tak perlu nak minta maaf.. Masyarakat mereka senang-senang jer hina dan kutuk Islam serta Nabi. Malah mereka juga lebih dari itu, iaitu bunuh umat Islam..
Takde pon pengumuman mohon maaf secara terbuka..




Banci 2010: Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta Orang


PUTRAJAYA: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) 2010 menunjukkan jumlah penduduk negara ini adalah 28.3 juta, berbanding 23.3 juta pada 2000.
Daripada jumlah penduduk terkini itu, sebanyak 14,562,638 orang adalah lelaki manakala 13,771,497 adalah perempuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak dua peratus untuk tempoh 2000-2010.
Menurutnya, kadar itu adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991-2000.
"Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 17.8 peratus, diikuti oleh Selangor (2.7 peratus), Melaka (2.6 peratus) dan Sabah (2.1 peratus).
"Antara negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu (1.4 peratus), Perak (1.4 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (1.3 peratus) dan Perlis (1.2 peratus)," katanya pada sidang media pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci 2010 di sini, Jumaat.

Tuesday 26 July 2011

Musim Baru Fantasy Premier League

                                'Musim Baru, Wajah Baru!!'

Korang pernah tak main fantasy football?

Alaa.. Permainan fantasi yang dikira berdasarkan perlawanan sebenar..
Kalau pemain yang korang beli tu menjaringkan gol, maka mata/points korang pon semakin bertambah..
Jadi permainan ni lebih mementingkan mata yang terkumpul setiap minggu perlawanan EPL.

Antara perubahan yang berlaku pada musim baru ini ialah:

* Vice Captain diperkenalkan: Korang sekarang boleh memilih seorang Captain dan Vice Captain setiap minggu.

* Assists: Jika pemain korang terjatuh berhampiran gol dan pemain lain yang mengambil sepakan percuma dan juga bola itu gol, maka pemain korang yang jatuh itu mendapat mata Assist. Jadi korang bolehlah mencari pemain yang 'Diver' ataupun yang suka jatuh. Hehe..

* Bonus Points ditentukan Player Performance Index: Player Performance Index ini ditentukan dan ditaja oleh EA Sports.

* Dan banyak lagi!!

Fantasy Premier League menjadi semakin menarik dan mencabar!!

Semoga berjaya kepada pengurus-pengurus yang ingin mencuba permainan menyeronokkan ini.
KLIK SINI

Korang juga boleh join liga ini untuk berpeluang menyertai pengurus-pengurus lain mambandingkan mata masing-masing.
Kod Liga : 404238-112942

Pandu Uji Vios Di Sarawak!!





Merdeka Raya Bersama Samsung Dan Chong Wei


Lekas!! Hanya beli mana-mana produk Samsung dan tebus hadiah percuma menanti anda..
Kunjungi mana-mana kedai Samsung yang terdekat, ataupun anda juga boleh mengetahui lanjut dengan klik di sini..

Promosi ini bermula 22 Julai hingga 4 September 2011.

Terma dan syaratnya:
* Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang
* Hadiah tertakluk pada stok yang ada
* Samsung berhak untuk menukarkan hadiah yang lain tanpa memberitahu terlebih dahulu
* Produk yang disiarkan hanya tujuan ilustrasi

Kredit kepada Samsung dan Churpchurp..
Klik sini untuk lebih lanjut!!






Friday 8 July 2011

City of Manchester Stadium Bertukar Nama

"Stadium kelab bola sepak Manchester City, City of Manchester Stadium telah bertukar nama menjadi Etihad Stadium."

Manchester City akan bermain di tempat sendiri selama 10 tahun ini di Etihad Stadium setelah perjanjian hak penamaan stadium dimeterai pada hari Jumaat.

Dahulu dikenali sebagai City of Manchester Stadium, stadium ini akan membawa nama penaja utama syarikat penerbangan berpengkalan di Abu Dhabi, Etihad Airways yang juga telah menaja jersi kelab itu.


Juara FA Cup 2011 ini telah diambil alih oleh ahli perniagaan terkemuka yang juga pemilik konsertium di Abu Dhabi.

Sehingga hari ini, City belum lagi menyatakan jumlah sebenar yang diperolehi berdasarkan perjanjian tersebut.





Thursday 7 July 2011

Siapa Charlie Adam


"Rasmi: Charlie Adam telah bergelar pemain Liverpool setelah berjaya ujian perubatan dan melengkapkan kontrak perpindahan berjumlah dalam lingkungan £8 juta."

Charles Graham "Charlie" Adam (lahir 10 Disember 1985) merupakan seorang pemain antarabangsa Scotland dan juga kapten kelab Blackpool, kelab EPL yang baru tersingkir kembali ke Liga Kejuaraan. Beliau bermain di posisi tengah midfield.
Beliau juga merupakan anak kepada Charles "Charlie" Adam (lahir 5 April 1962) yang juga merupakan pemain bola sepak pada era 80-an.

Charlie Adam memulakan karier pemain remaja di akademi bola sepak kelab Scotland, Dundee FC dan Rangers FC. Beliau telah dipinjamkan ke banyak kelab sebelum dapat beraksi secara kerap di Rangers. Setelah kembali ke Rangers pada penghujung musim 2006, beliau telah diberikan kepercayaan untuk diberi peluang beraksi secara kerap di bawah pengurus Paul Le Guen dan Walter Smith. Adam juga merupakan antara pemain pasukan Rangers yang telah mara ke Final 2008 UEFA Cup.

Pada awal 2009, beliau dipinjamkan ke kelab Blackpool dan seterusnya dibeli oleh Blackpool sejumlah £500,000 pada awal musim 2009-2010.

Persembahannya bersama Blackpool sangat menakjubkan dan ternyata beliau membuktikan keupayaan dirinya dengan menjaringkan sebanyak 30 gol dalam 91 aksinya bersama Blackpool. Beliau merupakan pakar sepakan percuma dan ternyata gol-gol yang dijaringkannya dihasilkan melalui sepakan percuma yang amat menarik.

Perpindahan ke Livepool bakal menggandingkannya bersama Steven Gerrard dan mungkin juga sebagai pengganti Gerrard. Siapa tahu..

Lallakom - Pemain kegemaran di Fantasy Premier League kerana sering kali mendapat point yang tinggi setiap minggu.





Zidane Dilantik Director Real Madrid


Bekas pemain Real Madrid, Zinedine Zidane akan dilantik sebagai director bola sepak kelab Real Madrid bagi menggantikan Jorge Valdano.

Zinedine Zidane, 39 yang telah bersara pada 2006 telah menghabiskan karier sebagai pemain bola sepak kelab itu selama 5 musim dan juga telah menjadi penasihat istimewa kepada presiden Real Madrid, Florentino Perez semenjak Jun 2009.

Pelantikan Zidane ini dikatakan mampu membantu pengurus, Jose Maurinho untuk memenangi gelaran liga La Liga setelah 2 kali kempunan dengan hanya mampu menjadi naib juara. Dalam tempoh Real Madrid di bawah bimbingan Jose Maurinho, mereka terlepas gelaran juara liga sebanyak sekali kepada Barcelona.

Hal ini mungkin merimaskan semua pihak di Real yang telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk mendapatkan pemain ternama dan berbakat besar seperti Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, Karim Benzema dan ramai lagi.

Lallakom - Yakin dengan kemampuan Zidane dan Maurinho walaupun bukan peminat Real Madrid.





Monday 4 July 2011

Khas Untuk Pelajar SPM Dan PMR


Sesape yang mengambil peperiksaan SPM dan PMR pada tahun ini, korang jangan risau..
Korang masih sempat lagi untuk layan Facebook sepuas-puasnya..

Hari ini, Facebook juga bermanfaat untuk pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan besar seperti SPM dan PMR..

Terdapat komuniti pelajar-pelajar di FB yang ditaja oleh AstroTutor untuk berkongsi masalah dan ilmu pengetahuan bagi menghadapi peperiksaan ini.
Dan jika korang sendiri boleh berkongsi ilmu dan tip-tip juga, ia menjadi kelebihan buat korang untuk membantu pelajar lain.
Berkongsi itu adalah amalan murni dan berguna untuk kepentingan bersama.

Ayuh!!
Kita bersama-sama saling membantu untuk mendapat kejayaan cemerlang!!

KLIK..
Khas Untuk Pelajar SPM!!
Khas Untuk Pelajar PMR!!






Arab Saudi Lantik Frank Rijkaard

Bekas pengurus dan jurulatih Barcelona, Frank Rijkaard telah diumumkan sebagai pengurus baru pasukan bola sepak Arab Saudi.

Rijkaard, 48, telah menandatangani kontrak selama 3 tahun untuk mengurus skuad Arab Saudi dan mempunyai potensi yang tinggi untuk skuad negara itu dalam kelayakan FIFA World Cup.

Bekas pemain tengah Belanda, Ajax, dan AC Milan ini telah lama tidak bergelut dalam arena bola sepak semenjak ditamatkan kontrak dengan kelab Turki, Galatasaray.


Lallakom - Adakah Malaysia mula memasang angan-angan untuk memiliki pengurus yang mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang lebih tinggi??





Undi Band Kegemaran Korang Di TTIncubusKL

Band tempatan manakah yang paling layak untuk membuat persembahan pembukaan di konsert TuneTalk Incubus KL??
Korang ingin memberikan sokongan yang penuh bermakna kepada mereka?
Tunjukkan sokongan korang dengan mengundi band-band yang korang rasa paling layak!!
Tempoh Undian bermula 4 Julai hingga 16 Julai 2011.
Sertai Sekarang!!





Klik Sini!!
Undi Band Kegemaran Korang Untuk Konsert Pembukaan Di TTIncubusKL





Buat Website Percuma Di WebMatrix!

Korang rasa ingin memiliki website sendiri?
Percuma?
Mestilah..
WebMatrix mempunyai segala kehendak yang korang inginkan dalam pembikinan laman web.
Apa yang penting, ia memang percuma!!

Klik Sini!!
Buat Website Percuma Di WebMatrix!#Webmatrix





Perlumbaan #Churp2race Dan Menangi Hadiah Menarik

Sertailah pelumbaan Churp2race dan ajak kawan2 korang sertai perlumbaan menarik serta kongsilah kempen perlumbaan ini untuk memenangi hadiah yang menarik dan eksklusif.

Satu iPad 2, Canon EOS 550D, HTC Desire, Thumb Drive dan tiket berpasangan pawagam menanti anda!





KLIK SINI!!
Join #Churp2race Now!!





Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...