Showing posts with label Liverpool. Show all posts
Showing posts with label Liverpool. Show all posts

Saturday, 30 July 2011

Gerrard Terlepas Lagi


Kapten Liverpool, Steven Gerrard bakal disisihkan lagi mungkin sehingga September disebabkan kecederaan groin yang masih berulang.

Sekadar maklumat, Gerrard tidak mengikuti jelajah bersama rakan sepasukannya ke Asia seperti China dan Malaysia.

Paling kurang, beliau akan terlepas 3 perlawanan liga, yang mana perlawanan pembukaan liga menentang Sunderland dan seterusnya Arsenal dan Bolton.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Liverpool menyatakan Gerrard telah memulakan rawatan antibiotik susulan untuk pencegahan yang berkaitan dengan masalah kecederaan groin yang dihadapi oleh beliau.
Beliau juga dijangkakan perlu tinggal di hospital untuk beberapa hari lagi sehingga semua prosedur yang diambil selesai.

Gerrard juga mungkin bakal terlepas untuk perlawanan pasukan England pada kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria (2 September) dan Wales (6 September).

Ketiadaan Gerrard ini bakal memberi peluang kepada Chalie Adam untuk menggalas peranan pemain tengah dan juga membantu kemenangan Liverpool yang kehausan kejuaraan dan piala.
Siapa Charlie Adam? Klik Sini.




Thursday, 7 July 2011

Siapa Charlie Adam


"Rasmi: Charlie Adam telah bergelar pemain Liverpool setelah berjaya ujian perubatan dan melengkapkan kontrak perpindahan berjumlah dalam lingkungan £8 juta."

Charles Graham "Charlie" Adam (lahir 10 Disember 1985) merupakan seorang pemain antarabangsa Scotland dan juga kapten kelab Blackpool, kelab EPL yang baru tersingkir kembali ke Liga Kejuaraan. Beliau bermain di posisi tengah midfield.
Beliau juga merupakan anak kepada Charles "Charlie" Adam (lahir 5 April 1962) yang juga merupakan pemain bola sepak pada era 80-an.

Charlie Adam memulakan karier pemain remaja di akademi bola sepak kelab Scotland, Dundee FC dan Rangers FC. Beliau telah dipinjamkan ke banyak kelab sebelum dapat beraksi secara kerap di Rangers. Setelah kembali ke Rangers pada penghujung musim 2006, beliau telah diberikan kepercayaan untuk diberi peluang beraksi secara kerap di bawah pengurus Paul Le Guen dan Walter Smith. Adam juga merupakan antara pemain pasukan Rangers yang telah mara ke Final 2008 UEFA Cup.

Pada awal 2009, beliau dipinjamkan ke kelab Blackpool dan seterusnya dibeli oleh Blackpool sejumlah £500,000 pada awal musim 2009-2010.

Persembahannya bersama Blackpool sangat menakjubkan dan ternyata beliau membuktikan keupayaan dirinya dengan menjaringkan sebanyak 30 gol dalam 91 aksinya bersama Blackpool. Beliau merupakan pakar sepakan percuma dan ternyata gol-gol yang dijaringkannya dihasilkan melalui sepakan percuma yang amat menarik.

Perpindahan ke Livepool bakal menggandingkannya bersama Steven Gerrard dan mungkin juga sebagai pengganti Gerrard. Siapa tahu..

Lallakom - Pemain kegemaran di Fantasy Premier League kerana sering kali mendapat point yang tinggi setiap minggu.





Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...