Monday, 5 September 2011

Buaya Gergasi 21Kaki Tertangkap Di Bunawan

Sepandai Buaya Mengganas, Akhirnya Tertangkap Jua

Kekejaman buaya gergasi yang bermaharajalela di sebuah kampung di Filipina nampaknya telah berakhir setelah buaya gergasi bersaiz 21kaki tersebut yang ditakuti oleh penduduk kampung selama ini telah berjaya ditangkap selepas pemburuan dilakukan selama tiga minggu berturut-turut.

Reptilia air masin satu tan ini telah terperangkap dalam anak sungai di Bunawan, di Filipina, pada malam Sabtu lalu.

Ia merupakan salah satu buaya terbesar yang pernah ditangkap hidup-hidup di negara itu (Filipina).

Berpuluh-puluh penduduk tempatan dan kakitangan dari ladang buaya telah memasang perangkap untuk menangkap 'raksasa' tersebut selepas terdapat banyak laporan mengenai serangan buaya ganas tersebut.

Reptilia itu yang disyaki membunuh dengan tragis seorang nelayan yang dilaporkan hilang pada bulan Julai lalu.

Buaya kini telah dimasukkan ke dalam taman eko-pelancongan yang dirancang di bandar selatan untuk dijadikan produk pelancongan yang mampu meningkat kemasukan pelancong luar.

Kira-kira 100 orang terpaksa menarik buaya itu dari sungai dan kren juga digunakan untuk mengangkat ia ke dalam sebuah trak.

Mungkin selepas ini Bujang Senang di Sarawak dah tak senang duduk apabila melihat kawannya yang 'lebih gergasi' ini tertangkap jua.




10 comments:

  1. perghh..besar nak mampus...ayat last mmg xbleh blah la haha

    ReplyDelete
  2. okay mmg besar n menakutkan ! choihh~

    ReplyDelete
  3. besaar sangat tuuu,,, kalau yang ni setakat nak makan manusia ni senang-senang jer.. memang hebat mereka boleh tangkap hidup-hidup

    ReplyDelete
  4. setakat orang tu maybe celah gigi dia je ni

    ReplyDelete
  5. besar betul..ntah2 dlm perut tu ade org..

    ReplyDelete
  6. mak aiiii....

    besau tuuu...

    1 tan beb...

    ReplyDelete
  7. gemok gler...die mkn pe la agaknye...
    tahniah filipin!

    ReplyDelete
  8. memang besar.dahsyat la.kalau bujang senang tertangkap agaknya besar mcm tu kot?

    ReplyDelete

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...