Wednesday 7 September 2011

10 Perkhidmatan Google Yang Ditutup

Ini merupakan sebahagian daripada polisi Chief Executive Officer (CEO) baru Google, Larry Page , yang ingin mengembangkan produk teras Google yang lebih fokus, seperti Enjin Carian Google.com, bidang telefon melalui Android, browser Chrome untuk melayari Internet, dan YouTube untuk video. Sebelum ini, Google juga telah menutup beberapa perkhidmatan yang lain, seperti Google Health, Power Meter, serta produk-produk Google Labs secara berperingkat.

Berikut merupakan senarai lengkap perkhidmatan Google yang ditutup.

Aardvark
Adalah perkhidmatan soal jawab yang dibeli oleh Google pada Februari 2010. Namun sayang, perkhidmatan ini tak mendapat sambutan meriah di pasaran. Apa yang mengejutkan, menurut Wall Street Journal, Google membeli produk ini bernilai US $ 50 juta tahun lalu.

Sidewiki
Adalah perkhidmatan anotasi yang membolehkan pengguna untuk meninggalkan nota dan komentarnya mengenai artikel dan laman web.

FastFlip
Ini adalah sebuah aplikasi yang memudahkan pembaca mencari sebuah laman berita di Google News. Google mengatakan, perkhidmatan ini akan digunakan di produk lain.

Google Notebook
Produk ini membolehkan pengguna menambah link URL dari web dengan catatan yang mereka taip ke dalam dokumen-dokumen yang telah diterbitkan di internet. Perkhidmatan yang muncul sejak dua tahun lalu itu dibekukan pengembangannya, dan pengguna boleh memindahkan semua data notebook mereka ke Google Docs.

Google Desktop
Ini adalah satu perkhidmatan Google yang membolehkan pengguna melakukan pencarian teks, e-mel, fail komputer, muzik, foto, hasil chatting, serta laman web yang pernah dikunjungi, dan lain-lain. Perkhidmatan ini tak akan dilanjutkan kerana Google merancang memindahkan semua data dan fail pengguna di Cloud.

Google Pack
Adalah sebuah tempat yang menampung pelbagai aplikasi Google mahupun muat turun percuma daripada rakan Google yang lain.

Google Maps API untuk Flash
Perkhidmatan ini dilancarkan untuk menyediakan para pemaju ActionScript untuk mengintegrasi aplikasi mereka dengan Google Maps. Kerana kurang popular, Google kini lebih fokus pada JavaScript Maps API versi 3. Tapi, Google tetap akan menyediakan sokongan bagi pelanggan yang menggunakan API dari Google Maps API Premier.

Google Web Security
Ciri-ciri-ciri di Google Web Security sudah banyak yang ditambah kepada produk-produk Google yang lain, seperti Safe Browsing pada Chrome. Namun Google akan tetap menyediakan sokongan untuk pelanggan Web Security.

Image Labeler
Sebuah game untuk membantu orang untuk menjelajah dan melabelkan gambar-gambar di laman web.

Subscribed Links
Perkhidmatan ini membolehkan para pemaju untuk membuat carian yang lebih khusus berbanding carian normal.

Antara Perkhidmatan Google yang bakal menurut jejak di atas ialah:

Buzz
Percubaan pertama syarikat di rangkaian sosial disambut dengan bersungguh-sungguh apabila syarikat itu bertukar pada tanpa amaran, mendedahkan 'senarai rakan' orang kepada dunia

Wave
Google Wave adalah hibrid aneh forum web, rangkaian sosial dan mesej segera. Kebanyakan orang telah meninggalkan hairan, dan ia adalah projek itu dengan cepat ditinggalkan

Orkut
Google sebenarnya mengalahkan Facebook kepada pasaran rangkaian sosial dengan Orkut aneh bernama. Orkut hit - tetapi hanya di Filipina, India dan Brazil. Masih aktif hari ini, tetapi hanya 66 juta pengguna manakala Facebook 750 juta pengguna.



1 comment:

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...