Saturday, 6 August 2011

Teh Uncang Bahaya Kepada Kita


Teh sememangnya telah diakui di beberapa negara dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.
Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, korang harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.

Apa yang Lallakom tahu,
Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.
Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.

Lallakom sentiasa bersahur dan berbuka dengan minuman teh.. Hehe




13 comments:

  1. ohhh..

    baru ku tahu...suka gak celup teh uncang lama2...ehhe

    ReplyDelete
  2. Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com. Or submit your blog postings to be part of the big collection.

    ReplyDelete
  3. @zuriey - Sama2..
    @ILA - lepas ni celup skejap je yer..hehe

    ReplyDelete
  4. beli teh lambak aje,tapi kena tapis lah

    ReplyDelete
  5. @ct - hehe..bagus2..jimat gak kan..

    ReplyDelete
  6. celup lama2 baru best.. sampai air teh jd pekat,hehe

    ReplyDelete
  7. teh tapis tu lagi sedap weh. lebih pekat dan beraroma...(mdoe iklan)..huhuhhu..

    ReplyDelete
  8. @Hanie_Dew Hehehe..memang la sedap walaupun tak sama macam Mi Sedaap..Hehe :D

    ReplyDelete
  9. bley copy n share ke...

    ReplyDelete
  10. boleh jer..takde masalah pon..hehe

    ReplyDelete
  11. oh macam tu ye.. baru semalam rendam uncang sampai 2jam huhuhu

    ReplyDelete

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...