Saturday 25 June 2011

Mizz Nina Melangkah Lebih Jauh


Nampaknya artis Malaysia bertaraf antarabangsa ini telah melangkah lebih jauh ke hadapan dengan berduet dengan penyanyi hip hop antarabangsa, Flo Rida dalam single lagu Take Over.

Kini lagu tersebut telah pun berkumandang di semua stesen radio tempatan dan sedang menaiki carta muzik paling popular.
Selain itu, Nina dan Flo Rida telah pun mempersembahkan lagu Take Over itu pada konsert Flo Rida di Bangkok dua minggu lalu dan lagu tersebut mendapat perhatian daripada penonton-penonton di sana.

Menurut Nina, khabar angin kerjasamanya dengan Justin Timberlake adalah tidak benar dan dia tidak pernah berbincang dengan pihak pengurusan Justin bagi sebarang perancangan duet.
Kolaborasi Mizz Nina dengan Flo Rida bakal menjadi fenomena baru di Malaysia setelah single pertamanya, What You Waiting For (duet dengan Colby O'Donis) telah pun menjadi siulan orang ramai.

Sumber : Mstar Online




Friday 24 June 2011

Genting Casinos Penaja Utama Aston Villa


"Penyerang Aston Villa, Gabby Agbonlahor bergaya dengan jersi baru Aston Villa yang kini ditaja oleh Genting UK"

Kelab EPL, Aston Villa telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kerjasama kelab berkenaan dengan Genting dalam tempoh selama dua tahun, bermula 1 Julai dan merangkumi musim 2011-12 dan 2012-13.

Menerusi perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak, jersi kelab Aston Villa semasa beraksi di laman sendiri dan tempat lawan juga akan dilengkapi dengan logo Genting Casinos selama dua musim.
Jumlah sebenar tajaan itu masih belum diumumkan lagi setakat ini.

Jersi ini sekarang sudah boleh dibeli secara pre-order dan akan berasa di pasaran pada July 14.

Lallakom:

Walaupun syarikat Malaysia telah menaja kelab ini, perasaan ingin membeli serta memakai jersi ini terbantut disebabkan perkataan 'Casinos' yang terpapar jelas di jersi berkenaan. Jadi lupakan sajalah niat untuk menyokong syarikat Malaysia ini. Apa-apapun tahniahlah buat Genting yang berjaya menjadi penaja kelab ini dan juga menjadi jenama baru di EPL.
Semoga kelab Aston Villa terus berjaya dan diharapkan agar menjalinkan kerjasama dengan kelab-kelab Liga Malaysia demi memajukan bola sepak Malaysia dan dunia.

Sumber AVFC





Thursday 23 June 2011

Firebug: Add-on Mozilla Wajib Ada


Mozilla Firefox memiliki banyak Add-on yang berguna kepada kita. Antaranya ialah Firebug. Firebug mempunyai peranan yang penting untuk korang mempelajari dan mendalami CSS dan HTML.

Jika korang pengguna Mozilla Firefox yang baru dan ingin belajar CSS untuk mendesign tampilan blog, Firebug wajib korang install. Di bawah ini adalah cara install dan menggunakan Firebug.

Klik Firebug untuk install.
Selepas install, restart browser Mozilla Firefox korang.

Cara Penggunaan

Ada banyak fungsi Firebug, antaranya ialah untuk mengetahui saiz dan jenis huruf yang digunakan di blog orang lain.

1. Kunjung mana-mana blog.
2. Tekan F12 di keyboard ataupun klik pada ikon Firebug.
3. Klik


4. Arahkan cursor tetikus ke mana-mana teks yang korang inginkan sehingga muncul tanda selection kotak biru.
5. Right click.
6. Saiz dan huruf akan muncul di CSS.


7. Selain daripada teks, korang juga boleh lakukan di header, sidebar, dan sebagainya.

Mencuba Sambil Belajar..





Wednesday 22 June 2011

Malam Penentuan Kelayakan Olimpik


Adakah Malaysia akan layak ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Olimpik 2012?
Perlawanan pertama menentang Lubnan di tempat lawan agak hambar sedikit walaupun Malaysia banyak mencipta peluang.
Jadi diharapkan perlawanan di tempat sendiri mampu mencipta kemenangan mutlak sekaligus layak ke pusingan seterusnya dan tidak mustahil layak ke Olimpik London 2012.
Walaupun ketiadaan pertahanan kental, Mahali Jasuli yang digantung perlawanan, Ong Kim Swee masih mempunyai percaturan yang tersendiri untuk membuahkan kejayaan bagi skuad Bawah 23 Malaysia ini.
Sedikit info, Mahali merupakan seorang pemain yang berpengalaman bukan sahaja beraksi bersama skuad Olimpik malah dia juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Malaysia.

Apa yang kurang menariknya ialah cara permainan Gurusamy yang seringkali mengundang padah dan bencana bagi skuad ini. Cara terjahan yang dilakukannya agak kasar dan menampakkan kesalahan yang nyata untuk memaksa pengadil melayangkan kad kuning dan juga menghadiahkan sepakan percuma kepada skuad lawan dan hal ini memberi kelebihan kepada mereka di hadapan gol skuad negara.

Terakhir sekali, kecemerlangan dan ketangkasan Khairul Fahmi sentiasa ditagih untuk kejayaan skuad negara.

Lallakom - Malaysia 3-0 Lubnan. Huhu..





Promosi SamsungGalaxyS2


Vivid..Fast..Slim..
Sedikit Info
Saiz : 125.3 x 66.1 x 8.5 mm
Berat : 116 g
Skrin : Super AMOLED Plus capacitive touchscreen, 16M colors
Memori Dalaman : 16/32 Gb
Memori Luar : MicroSD sehingga 32 Gb
3G : HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, DLNA, Wi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot
Kamera : 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
OS : Android OS, v2.3 (Gingerbread)
GPS : Ya, dengan sokongan A-GPS
Bateri : Standard battery, Li-Ion 1650 mAh. Tempoh sehingga 610 jam

KLIK SINI..






Tuesday 21 June 2011

Cara Mengetahui Follower Twitter Adalah SPAM!!

Korang mungkin berasa gembira jika melihat jumlah follower Twitter begitu ramai mencecah ribuan angka. Tapi korang harus tahu bahawa bukan semua follower korang tu adalah manusia sebenar. Atau dari kata lain mereka kebanyakan adalah Spam...!!!
Memang susah untuk mengecam mereka ni ialah Spam yang tak berguna. Tambahan follower korang ni memang ramai. Maklumlah orang terkenalkan. Hehe.. Pasti korang terasa takut ye..
Namun begitu, korang janganlah risau, kerana setiap masalah di dunia ni pasti ada ubat dan penawarnya.
Terdapat aplikasi yang dibuat khusus untuk mengesan mereka secara mudah..


Caranya:

1. Masuk Twitblock..
2. Klik Scan For Spam.
3. Pastikan korang dah sign in akaun Twitter korang.
4. Klik Allow untuk melakukan proses mengesan Spam.
5. Setelah selesai, di bahagian bawahnya akan muncul akaun dikesan sebagai Spam.
6. Korang bolehlah melakukan tindakan selanjutnya ke atas akaun itu.
7. Korang juga boleh mengesan Bot yang menyamar sebagai follower.

Cubalah..






Monday 20 June 2011

Blekko Pengganti Google

Korang dah bosan dengan Google?
Nak cuba yang ni tak?
Blekko!!
Blekko adalah enjin carian web yang khusus untuk memberi carian yang lebih baik daripada Carian Google.


Blekko menampilkan design web yang ringkas serta setanding dengan Google untuk memudah dan menpercepatkan hasil carian.
Blekko juga memperkenalkan konsep 'Slash the Web' yang lebih menumpukan 'tag' dan kata kunci sesuatu carian.

Walaubagaimana pun Blekko masih dalam peringkat Beta iaitu masih dalam proses percubaan.
Kalo korang dah berasa bosan dengan Google, tak salah untuk mencuba sesuatu yang baru kan.

http://blekko.com/
http://blog.blekko.com/






Adobe Photoshop : Photo Decorator

Kepada korang yang sudah bosan menggunakan Adobe Photoshop, tidak ada salahnya jika korang mencuba software Photo Decorator ini.
Software ini lebih ringan dan tidak juga kalah dengan software image/photo editor lain yang selalu korang guna. Tapi korang jangan pula bayangkan software ini setanding dan mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan software terkemuka yang lain. Hehe..

Photo Decorator ini mempunyai kemampuan cukup baik dalam bidang editing foto dan gambar, software ini boleh melakukan tugasan crop, warp, resize atau transform foto dengan cara yang mudah.

Selain itu software ini juga mempunyai kelebihan dan fungsi di antaranya, menambahkan teks, frame, balloons, juga menyokong multi layer dan multiple photo serta masih banyak lagi fungsi yang lainnya.

Lebih menariknya Photo Decorator ini mempunyai sekitar 20 efek dan filter yang korang boleh gunakan untuk meningkatkan kualiti editing foto korang mahukan.

Download : Klik Sini
Saiz Fail : 1.82 MB
Sistem Operasi : Windows xp/98/2000/vista/7






Sunday 19 June 2011

KL Gangster Gagal!!

Apa??
KL Gangster dapat kutipan rendah??
Hohoho..
Takdelah.. Sesaje nak bergurau..
Hari ni Lallakom akan tunjukkan faktor yang 'menggagalkan' kutipan filem KL Gangster..
Nak tengok??
Jom!!!



Klik fullscreen utk preview kualiti HD..

Apa macam bro sekalian? Gentar tak?

Entah apa-apa kan.. Haha... Tapi takpe.. Video ni amat menarik dan mencuit hati kita. Tambahan aksi gaduh yang nampak 'real' dan 'brutal'..

Mengikut tafsiran Lallakom, cerita ni berkisar satu pergaduhan antara kongsi gelap di Kuala Lumpur berpunca akibat kematian ataupun perebutan seekor Hamster yang kiut!! Huhu..
Anda boleh bayangkan akibat seekor hamster dunia boleh menjadi kucar kacir huru hara..
Adakah 'filem' penuh cerita ini akan menyusul keluar?

Kita tunggu..






Saturday 18 June 2011

Selamat Hari Bapa



Selamat Hari Bapa kepada ayahku dan juga bapa-bapa korang semua.. Serta kepada sesape yang sudah bergelar bapa..

Seperti yg kita tahu, Hari Bapa disambut pada hari Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun.
Hari Bapa disambut untuk memberi penghormatan kepada bapa dan juga untuk meluahkan perasaan kasih sayang kepada bapa yang banyak berjasa kepada anak-anaknya..
Jadi amat moleklah jika kita memberi ucapan kepada bapa kita pada hari ni demi menunjukkan rasa keprihatinan kita kepada bapa kita.

-Lallakom nak sambut Hari Ayah, boleh tak?? Hehehe..






Erra Berubah Pakai Tudung

"Amat manis ketika Erra Fazira memakai tudung"

Korang dah tengok belum?
Gambar ni semasa Erra merasmikan pembukaan Desa Murni Batik cawangan Kota Bharu semalam.

"Tujuan saya jadi model produk tudung bukan untuk tarik peminat sebaliknya ia adalah salah satu amanah sebagai duta", katanya.

Jadi korang janganlah fikir bukan-bukan pulak kan.. Erra dah bagitahu awal-awal lagi tu.
Lagipun, tindakannya menerima tawaran syarikat Desa Murni Batik Sdn. Bhd. itu selaras dengan niatnya untuk memakai tudung sepenuhnya satu hari nanti.

Apa-apa pun, Lallakom suka bila tengok Erra pakai tudung kan.. Molek dan manis dipandang..

Tak gitu kan??

Sumber Kosmo Online!





Kemunculan Nokia X7 Bakal Saingi Iphone

FULAMAKK!! Lallakom rasa berkenan la..
Lallakom mahu beli, cari-cari di kedai tak jumpa.. Rupanya tak ada di pasaran lagi..
Cehh.. Bajet ada banyak duit.. Huhu..

Antara spesifikasi X7 ialah

* Menggunakan Os Symbian Anna iaitu Symbian baru pertama pakai kod nama,
bukan lagi nombor.

* Skrin sentuh berkualiti
* Berat (termasuk bateri): 146 g
* Saiz: 119.7 x 62.8 x 11.9 mm
* Resolusi: 16:9 nHD (640 x 360 pixels) AMOLED
* Menyokong GPS, A-GPS
* Kamera 8 mp HD kualiti 720p resolusi
* Skrin saiz: 4"
* Masa bercakap sehingga 6 jam 30 minit.
* WLAN IEEE802.11
* MicroSD sehingga 32Gb
* Bluetooth 3.0

Dan banyak lagi!! Klik Sini untuk tahu lebih lanjut..

Lallakom lebih berminat dengan Nokia walaupun sekarang ni terlalu banyak kehadiran handphone yang lebih hebat serta canggih seperti Iphone dan Blackberry.
Mungkin sudah sebati kot..
Alah bisa tegal biasa kan..
Hehehe..

Apa kata korang??





Download Rapidshare Pakai Akaun Premium

Download lagi!!
Huhu..
Hari ni Lallakom berasa nak share satu trik kepada korang cara untuk muat turun fail dari Rapidshare, Megaupload dan Hotfile.
Cara ni bukan cara biasa tauu... Tapi download seoalah-olah kita ni pemilik akaun Premium Rapidshare..
Maka secara automotik kelajuan muat turun anda akan mengalami faktor kelajuan yang lain dari cara biasa dan sudah tentu luar biasa.. Huhu..
Ditambahkan dengan kelajuan Internet Streamyx,Wimax dan Unifi, korang akan rasa sekejap dan berasa ingin menambah lagi susunan panjang senarai muat turun korang.
Hehe..

Apa caranya?
Camni...
Caranya adalah dengan menggunakan Leecher.. Apa tu Leecher?

Leecher ialah sebuah layanan web untuk transload, maksudnya fail yang ada di Rapidshare dipindahkan terlebih dahulu ke hosting milik Leecher. Faham? Faham-fahamkan lah.. Huhu..

Terdapat banyak laman Leech server yang wujud ketika ni. Antaranya

http://www.leechking.com/vip/
http://www.sonicleech.com/index.php
http://www.leechhat.com/
http://qfi.im/
http://www.frendzrapid.com/index.php
http://www.fileleech.eu/
http://hf.gr0wl.com/
http://osleech.com/index.php
http://rapid8.com/

Korang hanyalah perlu copy Url laman fail Rapidshare yg korang mahu download ke mana-mana Laman Leech server di atas yang korang pilih.. Selepas itu, tekan Transload...
Cubala k..





Kepala Baru


Comel tak Header baru Lallakom??
Huhuhu..

Compress File 1Gb Jadi 100+ Mb

Korang bese dengar Zip ataupun Rar kan.. Kalo UHARC Compressed Archive? Pernah tak??
So Lallakom akan share pasal software UHarc/GUI nie...
Ini adalah satu software yang sangat hebat untuk digunakan bagi mengecilkan saiz fail yang sedia ada dengan kadar yang cukup tinggi. Selalunya kita kalau nak kecilkan saiz fail menggunakan Winzip, saiz fail tu hanya akan kecil sebanyak beberapa persen sahaja, tapi dengan software ni, saiz fail anda akan kecil dari 1GB ke 100MB..

Antara snapshotnya...



Nak cuba? Ni link Download melalui Mediafire.
http://www.mediafire.com/?msq3211ddd76pb5

Kalo nak pakai trik download Lallakom, Klik Sini..

Semoga Bermanfaat yer.. Hehe..





Friday 17 June 2011

Harimau Malaya Lawan Myanmar di Kota Bharu

Bagi penyokong bola sepak tanahair di Pantai Timur terutama Kelantan, janganlah lepaskan peluang keemasan datang beramai-ramai ke Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dengan Myanmar pada malam ini. Lallakom difahamkan harga tiket bagi orang dewasa adalah RM15.

Perlawanan ini dikatakan begitu istimewa kerana ini adalah perlawanan skuad negara pertama di luar Lembah Klang. Ditambahkan lagi dengan kehadiran penyokong Kelantan Red Warrior yang sentiasa memenuhi setiap ruang dan penjuru stadium dalam saingan Liga Malaysia mampu merancakkan lagi suasana serta aksi perlawanan persahabatan pada malam ini.

Walaupun ketiadaan Norshahrul Idlan Tahala yang mengalami kecederaan hamstring serta beberapa lagi penyerang kebangsaan yang lain, skuad negara dijangka mampu memberi tentangan sengit kepada skuad Myanmar. Diharapkan gandingan mantap Safiq Rahim dan Abdul Hadi Yahya dapat mencipta sebuah kemenangan yang bergaya sekaligus meningkatkan lagi reputasi Malaysia.

Lallakom - Malaysia Boleh!!!






Boikot Astro??

Astro turunkan caj atau diboikot

"KUALA LUMPUR - Syarikat televisyen satelit berbayar, Astro diberi kata dua untuk mengkaji semula kenaikan harga langganannya atau berdepan dengan tindakan boikot secara besar-besaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, selain Astro, pihaknya juga bersedia melancarkan boikot terhadap penaja dan syarikat pengiklan dengan syarikat televisyen tersebut.

"Tindakan Astro menaikkan kadar bayaran langganan sehingga RM15 sebulan adalah tidak wajar kerana syarikat itu telah mendapat keuntungan menjangkau RM831 juta setahun."
Petikan dari Kosmo Online..

Lallakom rasa nak gelak pulak bila baca berita ini. Bukan apa, boleh dikatakan mustahil untuk melihat Astro menurunkan kadar bayaran perkhidmatannya. Semakin mahal ada lah. Haha..

Boikot? Lallakom boleh bilang sape yang mahu boikot Astro. Haha..





Korang Peminat Adele?

Kenal tak Adele? Mesti ramai yang da kenalkan. Penyanyi ala Country yang suaranya amat sedap didengar. Hehe..
Lallakom ingin menceritakan sedikit pasal Adele walaupun beliau tidak secantik mahupun terkenal macam Taylor Swift di Malaysia.


Ketika Grammy Awards 2009, Adele telah memenangi anugerah Best New Artist dan Best Female Pop Vocal Performance. Hebat tuuu.. Huhu.
Setakat ini Adele telah memiliki sebanyak 2 album iaitu 19 dan 21.

Album 21 beliau telah menduduki tangga pertama UK Album Chart selama 11 minggu berturut dan telah memecah rekod yang dimiliki oleh Madonna yang hanya sempat selama 9 minggu tahun 1990.

Sekarang ni Adele telah menjadi Orang Kaya Baru yakni telah menjadi penyanyi yang bernilai £6 juta lantas meletakkan namanya pada kedudukan ke 9 dalam senarai bintang muzik bawah 30 tahun terkaya Britain.

Jadi korang bolehlah mula mencari lagu-lagu Adele untuk menilai sendiri bakat yang ada pada penyanyi dan penulis lirik lagu ini.
Lallakom syorkan korang dengar lagu Someone Like You, Don't You Remember, Chasing Pavements dan Rolling in the Deep.
Dengarkanlah!!
Huhuu..





Inter Milan Sedia Tawarkan Eto'o Untuk Dapatkan Tevez

Khabar angin yg bertiup kencang pada waktu hujan ini menyatakan Presiden Inter, Massimo Moratti sedia untuk menjual Samuel Eto'o kepada Manchester City dengan syarat Carlos Tevez juga hendaklah dijualkan kepada Inter berdasarkan kontrak tertentu.
Sebelum ini, Eto'o, 30 telah meluahkan keinginannya utuk beraksi di England setelah lama beraksi di Itali dan Sepanyol.
Carlos Tevez, 27 juga tidak bersembunyi lagi menyatakan hasratnya untuk berpindah keluar dari England untuk beraksi dekat dengan keluarganya di Argentina.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat akan kesahihan khabar angin ini.
Lallakom memang kagum pada kedua-dua pemain ini yang sentiasa menjadi tonggak utama pasukan masing-masing.


Hp Nokia sebagai Wifi Router!!

Korang ada x Hp Symbian Nokia 3G,3.5G+Wifi??
Korang inginkan modem router untuk berkongsi Internet dgn famili dan member..
tapi korang x ingin keluarkan bajet utk membelinya..
Ataupun korang ingin cuba benda baru..
Hari ini Lallakom akan tunjukkan 'benda baru' itu..Hehehe..

"Jadikan Hp korang sebagai Wifi router untuk disambungkan dengan laptop serta berkongsi dengan orang ramai"..Hehe..

Sebelum itu pastikan korang sudah melanggan pakej Broadband unlimited dgn Network Operator masing-masing..

JoikuSpot...Pernah dengar x?
Untuk muat turun menggunakan Pc, Klik Sini
Untuk muat turun melalui Mobile, Klik Sini

Pertama sekali, download dan transfer file sis itu ke dalam hp korang. Selepas itu, korang bolehlah install di Hp kesayangan korang tu. Korang juga bolehlah baca lebih lanjut lagi di laman web tersebut.
Application ni sangat sesuai di kebanyakan Hp Nokia yg support 3G dan juga Wifi. App ni adalah versi Percuma dan jika korang inginkan App ni yg lebih banyak fungsi dan berharga EUR15.00, korang bolehlah klik di sini, JoikuSpotPremium

Berkongsi dan Beriklan Jana Pendapatan

Churpchurp??
Mesti korang pernah dengar kan...
Ataupun korang sendiri adalah otai Churpchurp yang berjaya..
Churpchurp menawarkan bayaran yang tinggi sehingga RM0.40 bagi setiap klik iklan di Twitter, Facebook, Blog dan banyak lagi..
Kalo korang ingin tahu lebih lanjut dan ingin mempunyai Churpchurp sendiri, sila klik di bawah.

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Putar, Jilat, Celup! Send a T-Card!

Raikan Hari Bapa dengan Oreo!!

Make Oreo a family moment esp with Daddy's Day around the corner! Send a T-Card!

Trik Mediafire Direct Download

Hari ini Lallakom akan share satu trik yg amat senang dan pantas ketika ingin memuat turun file dari web hosting Mediafire.
Caranya memang mudah, korang tidak lagi perlu menunggu beberapa minit menunggu link download terpapar di skrin korang. Malahan trik ini langsung tidak perlu anda melayari laman web Mediafire.

Trik ni juga boleh digunakan di web hosting yang lain, tapi Lallakom lebih suka guna Mediafire sebagai platform untuk download mendownload. Hehe.
Pertama sekali, korang perlu copy link ini dan letakkan kat Url address browser korang.

http://getlink.s2u.vn/redirect.php?link=LINK MEDIAFIRE

LINK MEDIAFIRE tu korang tukarlah dengan link download yang korang mahu.
Sebagai contoh, korang ingin download Maharaja Lawak Minggu 11.

Link Mediafire untuk downloadnya ialah
http://www.mediafire.com/?w73oagwj1j0l359

Jadi untuk mengaplikasikan trik ini, korang jadikan macam ini..

http://getlink.s2u.vn/redirect.php?link=www.mediafire.com/?w73oagwj1j0l359

Tengok...Senangkan..Memang mudah dan cepat.
Lallakom ada banyak lagi trik download ni, tapi kebanyakan link sudah disekat oleh kerajaan. Huhuhu..
Ada masa Lallakom akan share lagi ye..
Kalo korang ada masa, ringan ringan lah tangan anda untuk klik kat iklan di blog ini..





Baca Majalah Di Skrin Laptop

Bagi sesape yg sibuk mahupun tidak berkesempatan untuk membeli dan membaca majalah-majalah tempatan seperti Mastika, Mangga, Ujang, dan Majalah Pc, jangan risau.
Di sini Lallakom akan letakkan link download untuk pembaca setia memuat turun e-book majalah tersebut.

Sape yg tak kenal majalah Mastika kan, majalah yang telah menggemparkan Malaysia suatu ketika lalu yg seringkali mengungkai cerita seram, misteri, hantu dan membongkar isu isu semasa.

Mangga pula ialah majalah hiburan bulanan yang sentiasa mengandungi cerita yang eksklusif dan gosip ‘panas’ mengenai artis dan peristiwa dalam dunia hiburan.

Majalah PC adalah majalah khusus dalam bidang komputer dan teknologi terkini.

Majalah Ujang juga sentiasa manatap di bibir penggemar majalah lawak dan humor di Malaysia. Ujang terkenal dengan 'Lawak Antarabangsa' nya.

Mangga bil.194 (Jun 2011)
http://hotfile.com/dl/119759121/4f271ba/Mangga.Jun.2011.Jiwang.ORG.pdf.html
klik sini

Majalah PC #173 (Mei 2011)
http://hotfile.com/dl/116419720/d88f86e/Majalah.PC.Mei.2011.Jiwang.ORG.pdf.html
klik sini

Majalah PC #174 (Jun 2011)
http://hotfile.com/dl/119759444/d232500/Majalah.PC.Jun.2011.Jiwang.ORG.pdf.html
klik sini

Mastika (Mei 2011)
http://hotfile.com/dl/116515936/9f4e01a/Mastika.Mei.2011.Jiwang.ORG.pdf.html
klik sini

Mastika (Jun 2011)
http://hotfile.com/dl/119759403/307d7a7/Mastika.Jun.2011.Jiwang.ORG.pdf.html
klik sini

Ujang #405 (1 Jun 2011)
http://hotfile.com/dl/119759073/921af1b/Ujang.01.06.2011.Jiwang.ORG.pdf.html
klik sini





Thursday 16 June 2011

Percepatkan Masa Menunggu di 4shared

Sebelum kita dapat download sesuatu file di 4shared.com, semestinya akan terdapat masa yg agak lama sebelum keluar link download macam ni "Rangkaian anda akan muncul sekejap lagi". Kekadang masa yg agak lama ni boleh membuat kita berasa tertekan dan amat marah. Sabar, banyak cara boleh kita cuba utk cepatkan masa menunggu di 4shared.
Contohnya,
Korang copy javascript ni dan paste kan di address bar browser korang dan tekan enter. Ulang banyak kali jika cubaan pertama anda hanya memendekkan sedikit masa menunggu itu. Korang hanyalah lakukan cara itu sehinggalah link download muncul. Cubalah..

j a v a s c r i p t : v a r c = 0






Menangi Percutian ke Hong Kong dengan Permainan #CastrolMagnatec's AR game

Guys! You can win a trip to HK by just playing the #CastrolMagnatec's AR game. It's addictive! Play them today.

Berita Baik buat Peminat Harimau Malaya!!

"Skrin besar di Dataran Merdeka

PEMINAT bola sepak tempatan berpeluang untuk menonton siaran langsung perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia menentang Lebanon melalui skrin besar di Dataran Merdeka pada Ahad ini bermula pukul 10.30 malam."
Petikan Kosmo! Online.

Nampaknya peminat bola sepak tanahair bolehlah datang beramai ramai ke dataran merdeka utk menonton siaran langsung perlawanan skuad Olimpik Malaysia menentang Lebanon.
Perlawanan second leg pula akan berlangsung pada 23 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Lupakan seketika Liga Malaysia dan Piala FA yg lepas, ayuh kita tunjukkan sokongan kita pada skuad kebanggaan yg mampu mencipta sejarah baru..
Kita saksikan!!




51 Laman Web Kerajaan Kena Godam (hack)

"KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan sebanyak 51 laman web milik agensi kerajaan digodam oleh penggodam yang tidak dikenali."
Petikan dari Kosmo Online.
X ingin ulas panjang..
cuma ini semua mungkin akibat ketegasan terlampau kerajaan yang menyekat laman web tertentu dari dilayari rakyat Malaysia...




Bermula

Pelayaran bermula..

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...