Saturday 20 August 2011

Gmail Berwajah Baru

Wajah Lama (Klik untuk Paparan Jelas)

Wajah Baru (Klik untuk Paparan Jelas)

Setelah lama tidak mengemaskini blog, tiba-tiba rasa kagum datang menerjah di sanubari hatiku apabila terpandang wajah baru Gmail.
Tiada yang menarik, cumanya ia nampak lebih 'simple' dan agak kemas.

Setakat ini Gmail masih belum berubah sepenuhnya. Namun, kita mempunyai pilihan untuk menukar layout lama menjadi layout yang baru ini dengan klik di bahagian Coming Soon: A New Sign-in Page! Preview it.




Thursday 18 August 2011

Kereta Terbang Yang Mampu Terbang

Bekas juruterbang Russia telah menunjukkan tahap kekreatifan yang amat tinggi dengan mereka sebuah kereta terbang. Apa yang menarik, kereta terbang ini mampu terbang walaupun tidak tinggi dan jauh.

Kereta terbang ini mampu berada di udara pada 60 batu sejam tetapi mempunyai ketinggian maksimum hanya 10 kaki dan boleh terbang dengan jarak hanya 600 kaki.

Bulgakov (kanan) sedang menunjukkan sesuatu.

Pandangan sisi kereta terbang tersebut.

Kanak-kanak riang bergambar bersama dengan kereta terbang.

Kereta terbang yang diberi nama 'V.Bulgakov' direka oleh bekas juruterbang Valery Bulgakov, 72.

Bulgakov yang berasal dari Kaluga, telah mengubahsuai model kereta ZAZ Tavria (1987) dengan menggantikan pintu dan bonet dengan bahan-bahan yang ringan dan kemudiannya menambah sayap.

Reka bentuk empat sayap adalah bertujuan untuk membuatkannya lebih selamat di udara, dan ia mengambil kira-kira 20 saat untuk mencapai kelajuan penerbangan.

Video




Tuesday 16 August 2011

Siapa Wanita Di Bangku Simpanan Chelsea?

Sesape yang menonton perlawanan antara Stoke dengan Chelsea pasti akan terperasan adanya seorang perempuan berpakain serba biru (Chelsea) yang duduk di bangku simpanan bersama dengan Andre Villa-Boas serta jurulatih yang lain.



Berdasarkan sumber Chelseafc.com, wanita yang bernama Eva Carneiro ini merupakan doktor bagi skuad simpanan dan akademi bola sepak remaja Chelsea.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat dengan skuad bola sepak wanita England dan juga doktor bagi atlet negara Britain pada Sukan Olimpik di Beijing.

Mungkinkah selepas ini pasukan Liga Super Malaysia juga akan memberi peluang kepada doktor wanita Malaysia untuk berkhidmat bersama-sama demi memajukan sukan dan bola sepak Malaysia?




Mozilla Firefox 6 Lebih Ringan

Jika dibandingkan dengan versi tedahulu (Firefox 5.0), ternyata pelayar versi terbaru ini iaitu Firefox 6.0 ini lebih laju dan ringan serta tidak mudah mengalami 'error'.
Versi terbaru yang dilancarkan pada hari ini juga boleh dimuatturun di laman web rasmi Mozilla.


Antaramuka versi 5.0 dengan 6.0 masih tetap sama dan tidak berubah. Namun versi ini memberi lebih kepuasan kepada pengguna dari segi kelajuan serta keringanan semasa melayari laman web. Jadi korang tidak lagi akan merasa terganggu ketika melayari internet seperti yang dialami pada Firefox 5.0 sebelum ini.




Komplikasi Soundtrack Twillight: Breaking Dawn Part 1


Peminat The Twillight Saga yang tidak sabar menanti tayangan rasmi filem Twillight: Breaking Dawn Part 1 bolehlah menarik nafas lega kerana komplikasi Soundtrack Twillight: Breaking Dawn Part 1 bakal berada di pasaran pada 8 November 2011, iaitu 10 hari sebelum tarikh rasmi tayangan filem ini di beberapa negara besar.

Setakat ini masih belum ada lagi lagu yang disahkan. Namun, terdapat spekulasi bahawa lagu yang berkemungkinan bakal berada dalam komplikasi tersebut ialah lagu Sister Rosetta (Capture the Spirit) yang dinyanyikan oleh Noisettes, band indie rock yang berasal dari London.

Tarikh rasmi tayangan Twillight: Breaking Dawn - Part 1 di Malaysia ialah pada 24 November 2011.






Monday 15 August 2011

Gambar Anak Wayne Rooney Menjadi Koboi

Anak lelaki Wayne Rooney, Kai Rooney membuat penampilan istimewa sebagai koboi comel ketika dia menggayakan pakaian watak kegemarannya dalam animasi Toy Story, iaitu Sheriff Woody.


Ibunya, Coleen telah memuatnaik gambar-gambar anaknya yang berusia 20 bulan itu di laman sosial Twitter. Muka Kai dikatakan amat persis dengan bapanya dan ini mungkin diibaratkan bapa borek anak rintik.
Sekadar maklumat, Coleen dan Rooney telah berkahwin pada Jun 2008 di Itali manakala anaknya pula lahir pada November 2009.

Adakah Kai bakal memilih bidang hiburan ataupun mengikut jejak langkah bapanya sebagai pemain bola sepak profesional?




Sunday 14 August 2011

Sesame Street: Bert dan Ernie Sememangnya Tiada Jantina

Bert Dan Ernie

Walaupun terdapat desakan hebat di laman sosial Facebook, patung boneka yang mula diperkenalkan 40 tahun dulu tidak mungkin akan berkahwin kerana patung boneka tersebut sememangnya tiada jantina serta mustahil untuk berkahwin walaupun sesama jantina sekalipun.

Menurut pencipta watak popular ini, Joan Ganz Cooney, kedua-dua patung boneka ini hanyalah berkawan baik dan mustahil untuk mereka berkahwin walupun terdapat desakan untuk memaksa produksi Sesame Street untuk mengahwinkan mereka.

Bert dan Ernie adalah sahabat baik. Mereka dicipta untuk mengajar kanak-kanak supaya mereka berkawan dengan baik antara sesama mereka. Walaupun kedua-dua watak ini dikenal pasti mempunyai ciri-ciri lelaki dan memiliki banyak sifat-sifat manusia, mereka akan terus kekal sebagai boneka serta tidak mempunyai orientasi seksual.

Antara cadangan petisyen di Facebook dan laman web lain ialah mengajak pengguna mengundi untuk menyokong cadangan agar kedua-dua watak popular ini berkahwin.
Antara sebab petisyen ini dibuat adalah untuk mengajar kanak-kanak mengenali jenis jantina serta mengajar mereka agar boleh menerima hubungan sesama sejenis, homoseksual.

Di laman Guardian.co.uk, sebanyak 49.8% yang tidak bersetuju manakala 50.8 bersetuju dengan cadangan agar mereka berkahwin




Simon Cowell Bakal Melamar Pippa Middleton

 

Pippa Middleton
Simon Cowell meluahkan hajatnya untuk melantik Pippa Middleton untuk menjadi juri di rancangan TV yang dikendalikan olehnya, X Factor.

Simon berminat untuk melamar Pippa kerana tertarik dengan kelebihan Pippa yang mempunyai 'X Factor' serta seringkali mencuri perhatian orang ramai.

Pippa mula dikenali ketika perkahwinan diraja antara kakaknya, Kate Middleton dengan pewaris diraja Britain, Putera William. Populariti Pippa, 27 meningkat mendadak apabila dia menggayakan gaun putih yang mendapat pujian tinggi ketika perkahwinan diraja tersebut.

Simon tanpa membuang masa akan terus melantik Pippa sekiranya dia berminat ingin mnjadi terus popular sebagai bintang TV.
X Factor kini kehilangan penyeri semenjak penyanyi kumpulan Girls Aloud, Cheryl Cole dipecat pada pertengahan tahun ini.




Saturday 13 August 2011

Gambar Vokalis Oasis Bergaya Dengan Jersi Man City


Manchester City telah memberi peluang kepada bintang rock yang juga bekas vokalis Oasis, Liam Gallagher untuk menggayakan jersi home Manchester City ketika perasmian baru-baru ini.


Vokalis band Beady Eye ini merupakan peminat Manchester City sejak dari kecil lagi dan peluang untuk terlibat dalam pelancaran jersi ini amat dihargainya.
Dia juga memuji reka bentuk jersi ini dengan mengaitkan bentuk kolar bagaikan inspirasi Mod yang terkenal di England suatu ketika dulu pada awal 1960-an.

Video lagu rasmi Manchester City, Blue Moon yang dinyanyikan oleh Liam Gallagher bersama bandnya Beady Eye.







Friday 12 August 2011

Senarai Rasmi Perpindahan Pemain EPL


Untuk memeriahkan lagi suasana perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris serancak rusuhan di utara London, di sini terdapat senarai rasmi penuh perpindahan pemain-pemain kelab EPL ini.
Lupakan sekejap mengenai rusuhan dan darurat di sana dan kita terus fokuskan kegilaan bola yang tergila-gila.

Antara perpindahan yang bakal berlangsung beberapa jam nanti adalah Cesc Fabregas dari Arsenal ke Barcelona dengan yuran perpindahan mungkin sebanyak £36 juta.
Selain itu, khabar angin yang bertiup kencang juga menyatakan pemain Arsenal Samir Nasri bakal berhijrah ke kelab Manchester City.
Namun khabar angin mungkin hanyalah khabar angin yang berlalu begitu saja ketika hujan di pantai timur Malaysia ini.

Berikut adalah senarai rasmi perpindahan pemain-pemain Liga Perdana Inggeris.

Jay-Z Senarai Teratas Artis Hip Hop Terkaya

Imej Jay-Z yang tak seberapa macho

Penyanyi hip-hop terkenal, Jay-Z telah disenaraikan dalam majalah Forbes sebagai artis hip hop terkaya (Hip Hop Cash Kings) selama 4 tahun berturut-turut.
Penyanyi ini dikatakan telah mengumpul pendapatan sebanyak $37 juta pada tahun lepas.
Dalam senarai tersebut, hanya seorang artis wanita iaitu Nicki Minaj yang mengumpul sebanyak $6.5 juta.

Antara senarai Top 20 Forbes' Hip-Hop Cash Kings 2011:

1. Jay-Z: $37 juta
2. Diddy: $35 juta
3. Kanye West: $16 juta
4. Lil Wayne: $15 juta
4. Bryan "Birdman" Williams: $15 juta
6. Eminem: $14 juta
6. Snoop Dogg: $14 juta
6. Dr. Dre: $14 juta
9. Akon: $13 juta
10. Ludacris: $12 juta
11. Wiz Khalifa: $11 juta
11. Drake: $11 juta
13: Pharrell Williams: $10 juta
14. Timbaland: $7 juta
15. Swizz Beatz: $6.5 juta
15. Nicki Minaj: $6.5 juta
17. Rick Ross: $6 juta
17. 50 Cent: $6 juta
17. Pitbull: $6 juta
20. T-Pain: $5 juta
20. B.o.B: $5 juta

Mungkinkah Mizz Nina bakal tersenarai dalam senarai ini 3 tahun lagi?





Britney Spears Diharam Memiliki Telefon Bimbit

Britney Spears
      
Artis yang sering mengundang masalah dan kontroversi yang tak habis-habis, Britney Spears, 29 telah diharamkan daripada memiliki telefon bimbit agar dapat mengawal tingkah lakunya. Tambahan pula, keputusan ini diharapkan mampu mengelakkannya daripada terseret lagi dengan masalah lain.

Menurut The Sun, keputusan tersebut diputuskan kerana penyanyi bermasalah ini telah menyalahgunakan telefon bimbit dengan menghantar gambar bogelnya kepada bekas bodyguard nya, Fernado Torres Flores.

Fernando Flores

Fernando Flores, 30 mendakwa Britney telah menghantar mesej yang mengandungi gambar bogelnya dari telefon bimbit penyanyi tersebut pada tahun lepas.

Ketika dibicarakan di mahkamah, Britney telah mendakwa dirinya tidak lagi memiliki sebuah telefon bimbit sejak bulan Mac lalu. Bagaimanapun, dia tidak memberi langsung sebarang alasan sebab tidak memiliki telefon.

Bapanya, Jamie masih lagi memiliki kuasa undang-undang untuk menjaga dan mengawal tingkah laku penyanyi lagu Oops! I Did It Again itu.




Thursday 11 August 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Pra-Musim Pasukan EPL

Perlawanan Liga Perdana Inggeris secara rasminya akan bermula pada 13hb (Sabtu). Namun disebabkan berlakunya rusuhan di kota London, maka beberapa pasukan sudah memohon untuk menangguh perlawanan nanti. Antara yang sudah pastinya ialah Tottenham Hotspur lawan Everton.

Lupakan rusuhan tersebut, kita fokuskan tentang keputusan penuh bagi perlawanan persahabatan, siri jelajah dan juga piala bagi kelab-kelab EPL ini. Walaupun keputusan ini bukan sebagai batu penanda kejayaan di Liga EPL kelak, namun sudah pasti ia mampu akan menyakinkan penyokong mereka untuk terus bersama menyokong kelab tersebut.

Adakah pendatang baru seperti Swansea, QPR dan Norwich mampu bertahan dalam kancah Liga Perdana Inggeris ataupun tersingkir kembali ke Liga Kejuaraan?

ARSENAL
16/06                     Hangzhou Lucheng 1-1 Arsenal
13/07                                  Malaysia 0-4 Arsenal
23/07                                          Köln 1-2 Arsenal
30/07                                      Arsenal 2-2 Boca Juniors
31/07                                      Arsenal 1-1 New York RB
07/08                                      Benfica 1-1 Arsenal

Menangi Churpie Plushie Untuk ChurpChurp


Seperti yang korang tahu, ChurpChurp sudah pun bertukar wajah setelah begitu lama bersolek dan bermekap.
Walaupun ChurpChurp terbaru ni seringkali mengalami masalah page timeout,
kini Lallakom akan menyiarkan ciri-ciri terbaru yang dinaiktaraf serta kelebihannya.

Nak tahu apakah ciri dan fungsi 'latest' yang baru upgrade tu?

1 – Login ChurpChurp Melalui Laman Sosial
Korang boleh daftar masuk akaun ChurpChurp melalui Facebook ataupun Twitter. Jadi korang boleh akses ke ChurpChurp semasa sedang seronok menghadap FB dan Twitter.

2 – Tab Kempen Disediakan
Korang boleh tengok kempen yang disediakan oleh ChurpChurp sama ada Social Sharing ataupun Social Seeding di tab atas.

3 – Auto Share FTW (for the win)!
Korang boleh diberi pilihan untuk menyiarkan kempen korang secara auto kepada kawan-kawan.

4 – Mobile Friendly
Kini ChurpChurp boleh diakses melalui Mobile View. Jadi korang boleh akses dan menyiarkan iklan ChurpChurp hanya dengan menggunakan Tablet ataupun Smartphone walau di mana koang berada.

5 – Mudah untuk Mencari Bantuan
Perlukan bantuan dan pertanyaan? Kini ChurpChurp menyediakan 'tanda soal' di setiap ruang untuk membolehkan korang faham dan tahu cara-cara untuk berkongsi iklan.

Korang puas hati tak dengan kandungan dan paparan baru ChurpChurp ini?

Jika ya, korang bolehlah memberi komen DISINI untuk mendapatkan hadiah menarik daripada ChurpChurp.

Hanya memberi komen mengenai Ciri Baru apa yang korang suka untuk berpeluang mendapatkan Churpie Plushie(patung ChurpChurp yang kiut) sekiranya korang bertuah.

http://www.churpchurp.com/blog/2011/08/11/say-hello-to-the-new-and-improved-churp-churp/




James Wan: Pengarah Seram Kelahiran Malaysia

James Wan

Korang pernah tak tengok citer SAW? Tak pon Paranormal Activity? Ataupun yang terbaru Insidious, yang baru ditayangkan beberapa bulan lalu.

Kalo korang belum tahu serta perasan, 'orang penting' di sebalik tabir citer tersebut merupakan seorang pengarah filem seram warganegara Australia yang lahir di Malaysia.
Beliau dilahirkan di Kuching dan dibesarkan di Perth, Australia.
Memiliki cita-cita menjadi pengarah filem sejak berusia 11 tahun lagi, beliau telah berjaya menamatkan pengajian di Royal Melbourne Institute of Technology untuk mendapatkan ijazah Bachelor of Arts.

Beliau ni seorang yang agak serba boleh. Ternyata keupayaannya mombolehkan beliau menjadi pengarah, penerbit dan juga penulis filem-filem yang 'pecah-panggung' seperti SAW, SAW II, SAW III, SAW IV, SAW V, SAW VI, Insidious, House of Horror, Dead Silence, Death Sentence dan Spectrum.

Projek terbarunya ialah mengarahkan filem yang diadaptasikan daripada novel Fall Night, yang bakal mengisahkan seorang banduan yang telah dihantar ke penjara di Texas berusaha untuk melarikan diri daripada Vampire.

Antara hasil kerja tangannya yang paling dikenali ialah Billy The Puppet, patung yang menaiki basikal dalam legasi filem SAW. Billy sememangnya agak 'psiko' dan 'angker' walaupun patung ini hanyalah sekadar menghantar rakaman suara kepada mangsa dan bukannya membunuh orang.

Billy The Puppet

Filem SAW yang ditulis dan diarahnya telah berjaya memenangi pelbagai anugerah di Brussels International Festival of Fantasy Film, Gérardmer Film Festival dan San Sebastián Horror and Fantasy Film Festival.

Jika korang belum lagi menonton filemnya, bolehlah mula mencarinya di pasaran dan Internet. Hehe..




Wednesday 10 August 2011

BlackBerry Colt Versi Smartphone Playbook

Jika sebelum ini terdapat khabar angin mengenai khabar angin prototaip model BlackBerry yang diberi kod nama BlackbBerry Orlando, kini terdapat pula berita terbaru yang menyatakan RIM bakal melancarkan sebuah model yang terbaru bernama BlackBerry Colt. Mengikut perancangan, ia akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2012 nanti.


Menariknya, BlackBerry Colt ini akan berfungsi di atas platform OS yang sama diguna di tablet BlackBerry Playbook, iaitu QNX OS. Ia juga bakal dilengkapi dengan single-core processor. Namun, apa yang menjadi harapan ialah agar single-core processor hanyalah sekadar versi cubaan dan bukanlah versi terakhir produk yang akan dipasarkan kelak.

Smartphone ini berkemungkinan besar juga bakal menjadi produk pertama yang tidak akan dilengkapi fungsi BlackBerry Enterprise Server (BES) yang mana penguna hanyalah boleh akses ke email Microsoft Exchange melalui ActiveSync sehinggalah RIM betul-betul berjaya memasang kod BES ini dalam QNX OS.

Harganya masih belum diumumkan lagi setakat ini.





ChurpChurp Berwajah Baru, Tapi..


Cantik, Menarik dan Terkini..

Lepas bersahur, terasa ingin pulak nak buka ChurpChurp..
Tengok-tengok, ChurpChurp sudah bertukar serta berwajah baru dan mempunyai antaramuka serta rekabentuk yang boleh dikatakan menarik ala-ala Twitter gitu.. Hehe..

ChurpChurp juga menampilkan paparan baru kempen yang sedang berlangsung dalam bentuk yang kemas melalui halaman utama mereka. Earning juga sudah dipaparkan tanpa mengikut jenis kategori earning.

Walaupun berwajah baru, TAPI yang tak menariknya ialah apabila sambungan Internet kita memang terlampau laju macam SIPUT.

Maka jadilah ia macam gambar ini..


Mungkin ia tidak menjadi masalah apabila kelajuan sambungan Internet kita normal ataupun laju.
Dan mungkin juga Nuffnang akan memiliki wajah baru juga kelak.




Tuesday 9 August 2011

Komen Menarik Mengenai Perbandingan Browser

Klik Untuk Lebih Jelas





Senarai Ranking Fan Page & Application Facebook


Berikut adalah senarai terkini ranking tertinggi Fan Pages dan Applications di Facebook.

FAN PAGES
Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

APPLICATIONS
Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

Sumber - ALL FACEBOOK:THE UNOFFICIAL FACEBOOK RESOURCE




Monday 8 August 2011

England: Lampard Tersisih, Tom Cleverley Dipanggil

Lampard

Pemain midfield Chelsea, Frank Lampard bakal tersisih daripada skuad England untuk menghadapi Belanda pada hari Rabu ini kerana masih mengalami kesakitan.

Lampard bakal menyertai Jack Wilshere dan Michael Carrick dalam senarai pemain midfield yang tidak dipanggil bagi pertemuan tersebut, selepas dia mengalami jangkitan tekak.

Tom Cleverly

Tom Cleverley, pemain Manchester United yang kini semakin menyerlah telah dipanggil sebagai gantian selepas dia dimasukkan ke dalam prestasi yang mengagumkan untuk Manchester United dalam kemenangan Piala Community Shield ke atas musuh setempat Manchester City Ahad lalu.

Selain itu, penyerang Aston Villa, Darren Bent juga terpaksa menarik diri daripada senarai pasukan kebangsaan England kerana dia sedang dirawat akibat kecederaan bahu.

Danny Welbeck, seorang lagi pemain remaja Manchester United yang mempamerkan aksi yang memuaskan pada hujung minggu lalu, berkemungkinan besar bakal berada dalam senarai skuad England.

Lawan England nanti, Belanda juga bakal tampil tanpa penyerang Arsenal, Robin van Persie, disebabkan penyerang itu kini mengalami masalah kecederaan buku lali.

Barisan skuad England: Robert Green, Joe Hart, David Stockdale, Leighton Baines, Gary Cahill, Ashley Cole, Rio Ferdinand, Phil Jagielka, Joleon Lescott, Micah Richards, John Terry, Kyle Walker, Gareth Barry, Tom Cleverley, Stewart Downing, Adam Johnson, Frank Lampard, James Milner, Scott Parker, Ashley Young, Andy Carroll, Peter Crouch, Wayne Rooney, Danny Welbeck.




Sunday 7 August 2011

Blackberry Orlando Mirip Blackberry Curve?


Research In Motion (RIM) mendakwa telah berjaya menjual 150 juta unit telefon pintarnya, BlackBerry, dalam 12 tahun terakhir. Tambahan pula, syarikat gergasi yang bertapak di Kanada tersebut dikatakan juga berjaya menjual 15 juta unit BlackBerry pada suku pertama tahun ini. Dan ini merupakan kejayaan hebat dan semangat bagi mereka untuk bersaing dengan Apple dan Android.

Kini terdapat ura-ura menyatakan RIM akan menghasilkan peranti terbaru mereka, iaitu Blackberry Orlando. BB Orlando ini dikatakan mirip seperti BB Curve (Sedona/Apollo). Cuma kelainannya adalah BB Orlando mempunyai fungsi touchscreen dan QWERTY pad berbanding BB Curve yang hanya ada QWERTY pad. BB Orlando juga bakal dilabel sebagai mini Bold Touch.

Setakat ini tiada lagi spesifikasi yang dinyatakan oleh RIM.
Seperti kebanyakan BlackBerry baru yang terbaru, BlackBerry Orlando juga diramalkan menggunakan sistem operasi BB OS 6.1. Dari segi performance, RIM mungkin akan menggunakan spec processor single-core 1.2 GHz Snapdragon.
Kalo korang berminat, sabar dan tunggu kesahihan berita BB Orlando ini.

Lallakom - Setia dengan Nokia. Hehe..




Saturday 6 August 2011

Kehausan Janda Yang Kesepian


Kisah ini berlaku agak-agak dalam awal bulan Ogos tahun 2008. Nora merupakan seorang wanita yang cantik serta menawan. Tambahan pula, bentuk badannya yang sentiasa 'bergetah' memang menjadi pujaan hati ramai kaum lelaki. Dan ini merupakan satu keistimewaan yang ada pada dirinya. Bukannya ilmu-ilmu hitam dan susuk yang merupakan syirik.

Tapi sayang, walaupun dia tergolong dalam golongan 'HOT', Nora merupakan seorang janda yang masih belum mempunyai cahaya mata.
Suaminya meninggal dunia ketika nahas kapal terbang di Munich.
Ketika berita kematian suaminya, Nora menangis tidak henti-henti. Dia memang sayangkan suaminya walaupun pada satu masa, Nora pernah bermain kayu tiga. Dia memang sedih kerana terpisah selamanya dengan suaminya.

Dan sejak kematian suaminya, Nora senantisa digoda oleh ramai lelaki sama ada berjawatan tinggi dan juga penganggur terhormat. Walaupun ditawarkan harta yang bertimbun-timbun, dia bertekad untuk menjaga perlakuannya kerana takut perkara ini mungkin akan mendatangkan fitnah dan kata-kata nesta disebabkan kematian suaminya masih dalam 2 bulan lebih. Oleh itu, Nora masih berjaya menahan nafsunya yang kehausan.

Namun pada suatu malam itu, kekuatan jiwanya untuk menahan kehausan tidak lagi terdaya. Nora terjaga daripada tidur kerana fikirannya bercelaru, badannya agak panas serta nafasnya tercungap-cungap. Dia berasa agak tertekan dan langsung tidak mampu berfikir apa-apa. Nafsu kehausannya pantas datang membuak-buak bagaikan halilintar.

Namun, selepas beberapa minit, Nora sempat mengawal fikirannya. Dia kini boleh berfikir dengan tenang. Apila fikirannya kembali normal, dia bingkas bangun dari katil dan terus ke dapur. Seterusnya dia mencapai gelas dan lantas menuangkan air sejuk yang diambil dari peti sejuk. Dia berjaya menghabiskan 3 gelas air. Oleh itu, kehausannya sudah hilang. Dia berasa lega. Mungkin begitu nikmat sekali.
Kemudian Nora terus masuk ke bilik untuk meneruskan tidurnya yang terganggu dek kehausan yang melanda.

Santai Ahad Bersama Lallakom.




Preview : Man City Lwn Man Utd


Saksikan pertemuan derby antara dua musuh setempat dalam perlawanan Perisai Komuniti English ataupun juga dikenali English Comunity Shield.

Pertemuan yang dijangka sengit ini mungkin menarik ramai penyokong untuk meluahkan sokongan terhadap pasukan masing-masing.

Bagi peminat di Malaysia, korang bolehlah mula menunggu di depan tv pada pukul 9.30 malam ini di Astro Star Sports Channel 813.

Man city berpeluang untuk menurunkan permain baru mereka, Kun Aguero untuk bergandingan dengan Tevez di barisan hadapan. Manakala Man United masih berpeluang untuk mengekalkan rentak momentum juara mereka yang setakat ini masih berbisa lagi.

Siapa juara?
Lallakom predict Man City 2-1 Man Utd.
Hehehe..




Teh Uncang Bahaya Kepada Kita


Teh sememangnya telah diakui di beberapa negara dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.
Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, korang harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.

Apa yang Lallakom tahu,
Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.
Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.

Lallakom sentiasa bersahur dan berbuka dengan minuman teh.. Hehe




Friday 5 August 2011

Lallakom Dan Churpchurp


Hari ni Lallakom ingin meluahkan perasaan mengenai Churpchurp..
Walaupun Lallakom bukannya ingin mengejar hasil daripada Churpchurp, tetapi Lallakom berasa sedikit 'terkilan' kerana seringkali mendapat klik yang sedikit..
Oppss terkilan?? Hehe..

Jangan salah paham lak.. Dah cuba banyak cara tetapi masih sedikit klik yang diperolehi.. Klik amat penting kan kerana ia juga menunjukkan kedatangan pembaca di blog kita dan juga laman sosial seperti Facebook serta Twitter.

Lallakom juga tidak pernah buat entry mengenai Churpchurp.
Tapi hari ni Lallakom ada terbaca satu topik [Teknik churp churp] – Bagaimana saya dapatkan 232 klik.
Wow!! Banyak kan..
Pape pon tahniah lah buat brader tersebut yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang Churpchurp ni.. Churpchurp ni tergolong dalam bidang kerjaya gak ke? Hehe..

So, dalam hati terasa lak nak ber'sifu' dengan brader ni..
Kalo korang nak belajar gak, apa kata serbu blog brader tersebut..
Mana la tahu kan murah rezeki ke.. Hehe..




WWE : Barack Obama Bergusti Dengan Booker T


Korang nak tahu tak?
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah 'turun ke padang' untuk meluangkan masa bersama rakyat di gelanggang gusti WWE.

Apa yang menarik sempena WWE Capitol Punishment tersebut, Obama juga telah memberi ucapan dan juga naik ke gelangang untuk 'bergusti' dengan Booker T selepas dicabar oleh Booker T.

Namun, Obama hanya sempat menunjukkan tarian 'breakdance' di atas gelanggang tersebut.

Nak tengok video Obama??



Amacam? Hebat tak Presiden Amerika Syarikat ni? Hehe..

Tapi korang jangan salah sangka lak.. Ni bukanlah Obama yang sebenar, tetapi 'klon' Obama. Seorang pelakon komedi, Reggie Brown berjaya melakonkan watak Obama ketika perlawanan gusti WWE Capitol Punishment itu.

Dia juga membuat penonton ketawa dan pecah perut dengan membuat lawak perkauman dan lawak berkaitan dengan Obama dan parti Republikan semasa memberi ucapan di sana..

Hal ini boleh berlaku di Amerika Syarikat kerana negara tersebut mempunyai kebebasan yang tidak terbatas dalam pelbagai hal termasuk boleh membuat lawak dan mengutuk pemimpin negara mereka sendiri.

Bagaimana pulak dengan Malaysia?? Hehehe..




Thursday 4 August 2011

Black Spiderman : Spiderman Baru Pada Era Obama


"Watak Spider-Man era Obama, dikenali Miles Morales yang tinggal di Brooklyn diumumkan oleh Marvel Comics, semalam. Ia menggantikan watak popular Peter Parker."

Bermula pada tahun 1962, dilukis oleh pelukis komik lagenda Stan Lee, Spiderman telah menjadi salah satu superhero yang paling terkenal dan popular di merata dunia. Selain itu, keuntungan berjuta-juta dollar telah diperolehi hasil daripada kewujudan watak Spiderman ini.

Setelah 50 tahun bergelumang dalam kegiatan menentang jenayah, Parker telah menemui penamat kariernya dalam Ultimate Spider-Man pada isu 160, yang dipasarkan pada bulan Jun. Ternyata kelicikan Green Goblin telah berjaya membunuh Spider-Man ataupun Peter Parker.

Namun begitu, korang jangan risau. Kematian Peter Parker tidak mampu untuk membunuh 'Spider-Man' serta memusnahkan perjuangan murninya.
Oleh itu, untuk merancakkan dan meneruskan suasana legasi perjuangan menentang kegiatan jenayah ini, pihak penerbit dan penulis telah berjaya merancang untuk menggantikan Peter Parker dengan Miles Morales, seorang remaja bercampuran etnik kulit hitam dan Latin.

Ucapkan selamat datang kepada era baru Spidey.
Inilah Spider-Man era Obama, Presiden Amerika Syarikat.

(Sumber: AP Photo/Marvel Comics)




Iklan 8TV : Kontroversi Daripada Kesilapan Lalu

Sumber daripada mStar Online berikutan iklan kontroversi yang sering berlaku di negara ini.

Isu mengenai iklan sempena Ramadan sepertimana yang ditayangkan oleh stesen televisyen 8TV yang kini mencetuskan kontroversi hanya memperlihatkan satu perkara iaitu Kumpulan Media Prima tidak belajar daripada kesilapan yang hampir sama yang dilakukannya tahun lalu.

Sebenarnya jalan cerita iklan tersebut yang memperlihatkan seorang gadis perempuan Cina berkelakuan tidak wajar di pasar Ramadan ketika membeli-belah yang disiarkan melalui tiga segmen itu tidak perlu pun ditayangkan.

Ini kerana majoriti anggota masyarakat dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia untuk sekian lamanya telah pun memahami dan menghormati adat resam dan agama bangsa lain.

Oleh yang demikian iklan yang berunsur hendak mengajar bangsa lain tentang tata tertib dan adab ketika membeli-belah di bulan puasa tidak patut pun dibuat dan ditayangkan.

Niat 8TV itu baik dan berunsur membimbing dan memberi panduan tetapi pelaksanaannya menjadi tidak baik kerana penerbit iklan serta stesen televisyen tersebut tidak peka dan mengambil kira sensitiviti bangsa lain ketika membuatnya.

Dan yang paling ketara ialah kenapa mesti diambil 'bangsa' atau 'keturunan Cina' untuk melakonkan watak-watak yang tidak patut dilakukan oleh seseorang pada bulan Ramadan - seolah-olah memberi isyarat yang tidak tepat kepada masyarakat kononnya bangsa itu yang paling kerap melakukan perbuatan yang boleh dianggap biadap dan tidak sesuai pada bulan Ramadan.

Ini sebenarnya tidak perlu. Tetapi kurangnya sensitiviti dan mungkin jalan cerita iklan itu yang tidak dibuat dengan teliti dan mengambil kira perasaan kaum lain telah menjadikan siaran iklan tersebut sebagai sesuatu yang sensitif dan tidak wajar.

Untuk makluman semua, iklan tersebut telah ke udara sewaktu slot berita utama 8TV beberapa hari lalu yang menunjukkan seorang gadis Cina berkelakuan tidak sopan, makan di khalayak ramai yang majoritinya orang Islam ketika membeli-belah di sebuah pasar ramadan dan segmen ketiga menunjukkan dia memakai blaus tanpa lengan dan mengangkat tangannya sehingga menyebabkan seorang ayah terpaksa menutup mata anak remaja lelakinya.

Iklan tersebut berakhir dengan dua orang lelaki yang memakai baju Melayu dan seorang wanita memakai baju kurung memberi nasihat umum agar janganlah bersikap keterlaluan di bulan Ramadan.

Sememangnya ia adalah iklan yang berniat baik iaitu berunsur nasihat tetapi malangnya dibuat tanpa mengambil kira akibat dan kesannya kepada satu pihak lagi iaitu kaum yang dijadikan 'contoh' sebagai berkelakuan tidak senonoh di bulan puasa.

Tahun lalu, sebuah lagi stesen Kumpulan Media Prima iaitu TV3 menyiarkan iklan yang turut mencetuskan kontroversi menjelang sambutan raya.

Iklan tersebut memperlihatkan bagaimana sekumpulan kanak-kanak yang bergembira hendak menyambut hari raya dibawa menaiki kereta rusa seperti dalam kisah-kisah Santa Klaus.

Selepas beberapa kali iklan itu ke udara, ia akhirnya ditarik balik sepertimana yang berlaku dalam isu terbaru melibatkan stesen 8TV ini.

Sebab itulah ramai yang berasa marah dan bertanya, bagaimana iklan-iklan seperti ini masih ke udara di dalam rangkaian stesen televisyen Media Prima seolah-olah mereka tidak mengambil iktibar dari pengalaman tahun lalu dan mengulanginya semula pada tahun ini.

Yang lebih malang lagi, kedua-dua iklan tersebut adalah berkaitan dengan perayaan umat Islam.

Isu sensitif seperti ini tidak harus berulang lagi untuk kali yang ketiga.

Lallakom - Minta pandangan JAKIM, mufti dan alim ulama' dan orang bijak pandai dalam agama sebelum membuat dan menyiarkan sesuatu iklan yang menyentuh isu-isu antara agama dan kaum.
Selamat berpuasa.




Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...