Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Saturday, 6 August 2011

Teh Uncang Bahaya Kepada Kita


Teh sememangnya telah diakui di beberapa negara dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.
Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, korang harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.

Apa yang Lallakom tahu,
Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.
Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.

Lallakom sentiasa bersahur dan berbuka dengan minuman teh.. Hehe




Sunday, 31 July 2011

Jangan Beli Kurma JORDAN RIVER

Kurma sememangnya menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Sempena bulan puasa yang mulia ini, Lallakom terbaca satu info yang menyatakan terdapat produk kurma yang diimport dari Israel terdapat di pasaran Malaysia.
Jika anda ingin membeli kurma, pastikan anda tidak membeli kurma jenama JORDAN RIVER ini.


Jika anda membeli kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Walaupun namanya terdapat perkataan 'Jordan', kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia yang tercinta.
Semoga semua makanan dalam diri kita halal, bersih dan suci.

Jadi kita kenalah berhati-hati dan berwaspada terhadap produk-produk yang memberikan keuntungan kepada negara HARAM Zionist ini. Teruskan kempen memboikot segala benda yang berkaitan dengan Israel termasuk Yossi Benayoun sekali.
Hehe..

Lallakom - Selamat Bersahur, Berpuasa, Berbuka, dan juga Beribadat.



Saturday, 30 July 2011

Kebanyakan Negara Arab, Timur Tengah Mula Ramadan Esok

Pihak berkuasa di kebanyakan negara rantau Timur Tengah mengisytiharkan Ramadan bermula esok, membolehkan umat Islam menunaikan ibadat berpuasa selama sebulan.

Kenyataan rasmi dikeluarkan di Mesir, Arab Saudi, Lebanon, Syria, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Kuwait, Qatar dan Yemen mengatakan bulan Ramadan bermula esok, lapor laman msn memetik AP hari ini.

Menurut laporan itu, perbezaan politik dan pertikaian agama antara negara-negara majoriti Sunah dan Syiah di rantau itu juga kadangkala memainkan peranan dalam menentukan tarikh permulaan bulan Ramadan.

Tahun ini, cuaca musim panas yang agak panjang dikhuatiri menjadi cabaran kepada umat Islam berpuasa.

Bagi mengurangkan mereka yang berpuasa berhadapan dengan cuaca panas, pegawai-pegawai Palestin di Tebing Barat dan Gaza berkata mereka akan mempercepatkan sejam tempoh berpuasa, bermakna waktu berbuka puasa datang sejam awal.

Mengikut laporan awal minggu ini, Malaysia akan melihat anak bulan Ramadan 2011 hari ini dan tarikh permulaan puasa akan ditetapkan berdasarkan rukyah dan hisab yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja.

Pengumuman akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja malam ini.

Sumber The Malaysian Insider




Friday, 29 July 2011

Banci 2010: Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta Orang


PUTRAJAYA: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) 2010 menunjukkan jumlah penduduk negara ini adalah 28.3 juta, berbanding 23.3 juta pada 2000.
Daripada jumlah penduduk terkini itu, sebanyak 14,562,638 orang adalah lelaki manakala 13,771,497 adalah perempuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak dua peratus untuk tempoh 2000-2010.
Menurutnya, kadar itu adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991-2000.
"Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 17.8 peratus, diikuti oleh Selangor (2.7 peratus), Melaka (2.6 peratus) dan Sabah (2.1 peratus).
"Antara negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu (1.4 peratus), Perak (1.4 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (1.3 peratus) dan Perlis (1.2 peratus)," katanya pada sidang media pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci 2010 di sini, Jumaat.

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...