Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Tuesday, 16 August 2011

Mozilla Firefox 6 Lebih Ringan

Jika dibandingkan dengan versi tedahulu (Firefox 5.0), ternyata pelayar versi terbaru ini iaitu Firefox 6.0 ini lebih laju dan ringan serta tidak mudah mengalami 'error'.
Versi terbaru yang dilancarkan pada hari ini juga boleh dimuatturun di laman web rasmi Mozilla.


Antaramuka versi 5.0 dengan 6.0 masih tetap sama dan tidak berubah. Namun versi ini memberi lebih kepuasan kepada pengguna dari segi kelajuan serta keringanan semasa melayari laman web. Jadi korang tidak lagi akan merasa terganggu ketika melayari internet seperti yang dialami pada Firefox 5.0 sebelum ini.




Wednesday, 10 August 2011

ChurpChurp Berwajah Baru, Tapi..


Cantik, Menarik dan Terkini..

Lepas bersahur, terasa ingin pulak nak buka ChurpChurp..
Tengok-tengok, ChurpChurp sudah bertukar serta berwajah baru dan mempunyai antaramuka serta rekabentuk yang boleh dikatakan menarik ala-ala Twitter gitu.. Hehe..

ChurpChurp juga menampilkan paparan baru kempen yang sedang berlangsung dalam bentuk yang kemas melalui halaman utama mereka. Earning juga sudah dipaparkan tanpa mengikut jenis kategori earning.

Walaupun berwajah baru, TAPI yang tak menariknya ialah apabila sambungan Internet kita memang terlampau laju macam SIPUT.

Maka jadilah ia macam gambar ini..


Mungkin ia tidak menjadi masalah apabila kelajuan sambungan Internet kita normal ataupun laju.
Dan mungkin juga Nuffnang akan memiliki wajah baru juga kelak.




Tuesday, 9 August 2011

Komen Menarik Mengenai Perbandingan Browser

Klik Untuk Lebih Jelas





Tuesday, 26 July 2011

Musim Baru Fantasy Premier League

                                'Musim Baru, Wajah Baru!!'

Korang pernah tak main fantasy football?

Alaa.. Permainan fantasi yang dikira berdasarkan perlawanan sebenar..
Kalau pemain yang korang beli tu menjaringkan gol, maka mata/points korang pon semakin bertambah..
Jadi permainan ni lebih mementingkan mata yang terkumpul setiap minggu perlawanan EPL.

Antara perubahan yang berlaku pada musim baru ini ialah:

* Vice Captain diperkenalkan: Korang sekarang boleh memilih seorang Captain dan Vice Captain setiap minggu.

* Assists: Jika pemain korang terjatuh berhampiran gol dan pemain lain yang mengambil sepakan percuma dan juga bola itu gol, maka pemain korang yang jatuh itu mendapat mata Assist. Jadi korang bolehlah mencari pemain yang 'Diver' ataupun yang suka jatuh. Hehe..

* Bonus Points ditentukan Player Performance Index: Player Performance Index ini ditentukan dan ditaja oleh EA Sports.

* Dan banyak lagi!!

Fantasy Premier League menjadi semakin menarik dan mencabar!!

Semoga berjaya kepada pengurus-pengurus yang ingin mencuba permainan menyeronokkan ini.
KLIK SINI

Korang juga boleh join liga ini untuk berpeluang menyertai pengurus-pengurus lain mambandingkan mata masing-masing.
Kod Liga : 404238-112942

Pandu Uji Vios Di Sarawak!!





Thursday, 23 June 2011

Firebug: Add-on Mozilla Wajib Ada


Mozilla Firefox memiliki banyak Add-on yang berguna kepada kita. Antaranya ialah Firebug. Firebug mempunyai peranan yang penting untuk korang mempelajari dan mendalami CSS dan HTML.

Jika korang pengguna Mozilla Firefox yang baru dan ingin belajar CSS untuk mendesign tampilan blog, Firebug wajib korang install. Di bawah ini adalah cara install dan menggunakan Firebug.

Klik Firebug untuk install.
Selepas install, restart browser Mozilla Firefox korang.

Cara Penggunaan

Ada banyak fungsi Firebug, antaranya ialah untuk mengetahui saiz dan jenis huruf yang digunakan di blog orang lain.

1. Kunjung mana-mana blog.
2. Tekan F12 di keyboard ataupun klik pada ikon Firebug.
3. Klik


4. Arahkan cursor tetikus ke mana-mana teks yang korang inginkan sehingga muncul tanda selection kotak biru.
5. Right click.
6. Saiz dan huruf akan muncul di CSS.


7. Selain daripada teks, korang juga boleh lakukan di header, sidebar, dan sebagainya.

Mencuba Sambil Belajar..





Wednesday, 22 June 2011

Promosi SamsungGalaxyS2


Vivid..Fast..Slim..
Sedikit Info
Saiz : 125.3 x 66.1 x 8.5 mm
Berat : 116 g
Skrin : Super AMOLED Plus capacitive touchscreen, 16M colors
Memori Dalaman : 16/32 Gb
Memori Luar : MicroSD sehingga 32 Gb
3G : HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN : Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, DLNA, Wi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot
Kamera : 8 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
OS : Android OS, v2.3 (Gingerbread)
GPS : Ya, dengan sokongan A-GPS
Bateri : Standard battery, Li-Ion 1650 mAh. Tempoh sehingga 610 jam

KLIK SINI..






Tuesday, 21 June 2011

Cara Mengetahui Follower Twitter Adalah SPAM!!

Korang mungkin berasa gembira jika melihat jumlah follower Twitter begitu ramai mencecah ribuan angka. Tapi korang harus tahu bahawa bukan semua follower korang tu adalah manusia sebenar. Atau dari kata lain mereka kebanyakan adalah Spam...!!!
Memang susah untuk mengecam mereka ni ialah Spam yang tak berguna. Tambahan follower korang ni memang ramai. Maklumlah orang terkenalkan. Hehe.. Pasti korang terasa takut ye..
Namun begitu, korang janganlah risau, kerana setiap masalah di dunia ni pasti ada ubat dan penawarnya.
Terdapat aplikasi yang dibuat khusus untuk mengesan mereka secara mudah..


Caranya:

1. Masuk Twitblock..
2. Klik Scan For Spam.
3. Pastikan korang dah sign in akaun Twitter korang.
4. Klik Allow untuk melakukan proses mengesan Spam.
5. Setelah selesai, di bahagian bawahnya akan muncul akaun dikesan sebagai Spam.
6. Korang bolehlah melakukan tindakan selanjutnya ke atas akaun itu.
7. Korang juga boleh mengesan Bot yang menyamar sebagai follower.

Cubalah..






Monday, 20 June 2011

Blekko Pengganti Google

Korang dah bosan dengan Google?
Nak cuba yang ni tak?
Blekko!!
Blekko adalah enjin carian web yang khusus untuk memberi carian yang lebih baik daripada Carian Google.


Blekko menampilkan design web yang ringkas serta setanding dengan Google untuk memudah dan menpercepatkan hasil carian.
Blekko juga memperkenalkan konsep 'Slash the Web' yang lebih menumpukan 'tag' dan kata kunci sesuatu carian.

Walaubagaimana pun Blekko masih dalam peringkat Beta iaitu masih dalam proses percubaan.
Kalo korang dah berasa bosan dengan Google, tak salah untuk mencuba sesuatu yang baru kan.

http://blekko.com/
http://blog.blekko.com/






Saturday, 18 June 2011

Kemunculan Nokia X7 Bakal Saingi Iphone

FULAMAKK!! Lallakom rasa berkenan la..
Lallakom mahu beli, cari-cari di kedai tak jumpa.. Rupanya tak ada di pasaran lagi..
Cehh.. Bajet ada banyak duit.. Huhu..

Antara spesifikasi X7 ialah

* Menggunakan Os Symbian Anna iaitu Symbian baru pertama pakai kod nama,
bukan lagi nombor.

* Skrin sentuh berkualiti
* Berat (termasuk bateri): 146 g
* Saiz: 119.7 x 62.8 x 11.9 mm
* Resolusi: 16:9 nHD (640 x 360 pixels) AMOLED
* Menyokong GPS, A-GPS
* Kamera 8 mp HD kualiti 720p resolusi
* Skrin saiz: 4"
* Masa bercakap sehingga 6 jam 30 minit.
* WLAN IEEE802.11
* MicroSD sehingga 32Gb
* Bluetooth 3.0

Dan banyak lagi!! Klik Sini untuk tahu lebih lanjut..

Lallakom lebih berminat dengan Nokia walaupun sekarang ni terlalu banyak kehadiran handphone yang lebih hebat serta canggih seperti Iphone dan Blackberry.
Mungkin sudah sebati kot..
Alah bisa tegal biasa kan..
Hehehe..

Apa kata korang??





Download Rapidshare Pakai Akaun Premium

Download lagi!!
Huhu..
Hari ni Lallakom berasa nak share satu trik kepada korang cara untuk muat turun fail dari Rapidshare, Megaupload dan Hotfile.
Cara ni bukan cara biasa tauu... Tapi download seoalah-olah kita ni pemilik akaun Premium Rapidshare..
Maka secara automotik kelajuan muat turun anda akan mengalami faktor kelajuan yang lain dari cara biasa dan sudah tentu luar biasa.. Huhu..
Ditambahkan dengan kelajuan Internet Streamyx,Wimax dan Unifi, korang akan rasa sekejap dan berasa ingin menambah lagi susunan panjang senarai muat turun korang.
Hehe..

Apa caranya?
Camni...
Caranya adalah dengan menggunakan Leecher.. Apa tu Leecher?

Leecher ialah sebuah layanan web untuk transload, maksudnya fail yang ada di Rapidshare dipindahkan terlebih dahulu ke hosting milik Leecher. Faham? Faham-fahamkan lah.. Huhu..

Terdapat banyak laman Leech server yang wujud ketika ni. Antaranya

http://www.leechking.com/vip/
http://www.sonicleech.com/index.php
http://www.leechhat.com/
http://qfi.im/
http://www.frendzrapid.com/index.php
http://www.fileleech.eu/
http://hf.gr0wl.com/
http://osleech.com/index.php
http://rapid8.com/

Korang hanyalah perlu copy Url laman fail Rapidshare yg korang mahu download ke mana-mana Laman Leech server di atas yang korang pilih.. Selepas itu, tekan Transload...
Cubala k..





Compress File 1Gb Jadi 100+ Mb

Korang bese dengar Zip ataupun Rar kan.. Kalo UHARC Compressed Archive? Pernah tak??
So Lallakom akan share pasal software UHarc/GUI nie...
Ini adalah satu software yang sangat hebat untuk digunakan bagi mengecilkan saiz fail yang sedia ada dengan kadar yang cukup tinggi. Selalunya kita kalau nak kecilkan saiz fail menggunakan Winzip, saiz fail tu hanya akan kecil sebanyak beberapa persen sahaja, tapi dengan software ni, saiz fail anda akan kecil dari 1GB ke 100MB..

Antara snapshotnya...



Nak cuba? Ni link Download melalui Mediafire.
http://www.mediafire.com/?msq3211ddd76pb5

Kalo nak pakai trik download Lallakom, Klik Sini..

Semoga Bermanfaat yer.. Hehe..





Friday, 17 June 2011

Hp Nokia sebagai Wifi Router!!

Korang ada x Hp Symbian Nokia 3G,3.5G+Wifi??
Korang inginkan modem router untuk berkongsi Internet dgn famili dan member..
tapi korang x ingin keluarkan bajet utk membelinya..
Ataupun korang ingin cuba benda baru..
Hari ini Lallakom akan tunjukkan 'benda baru' itu..Hehehe..

"Jadikan Hp korang sebagai Wifi router untuk disambungkan dengan laptop serta berkongsi dengan orang ramai"..Hehe..

Sebelum itu pastikan korang sudah melanggan pakej Broadband unlimited dgn Network Operator masing-masing..

JoikuSpot...Pernah dengar x?
Untuk muat turun menggunakan Pc, Klik Sini
Untuk muat turun melalui Mobile, Klik Sini

Pertama sekali, download dan transfer file sis itu ke dalam hp korang. Selepas itu, korang bolehlah install di Hp kesayangan korang tu. Korang juga bolehlah baca lebih lanjut lagi di laman web tersebut.
Application ni sangat sesuai di kebanyakan Hp Nokia yg support 3G dan juga Wifi. App ni adalah versi Percuma dan jika korang inginkan App ni yg lebih banyak fungsi dan berharga EUR15.00, korang bolehlah klik di sini, JoikuSpotPremium

Thursday, 16 June 2011

Percepatkan Masa Menunggu di 4shared

Sebelum kita dapat download sesuatu file di 4shared.com, semestinya akan terdapat masa yg agak lama sebelum keluar link download macam ni "Rangkaian anda akan muncul sekejap lagi". Kekadang masa yg agak lama ni boleh membuat kita berasa tertekan dan amat marah. Sabar, banyak cara boleh kita cuba utk cepatkan masa menunggu di 4shared.
Contohnya,
Korang copy javascript ni dan paste kan di address bar browser korang dan tekan enter. Ulang banyak kali jika cubaan pertama anda hanya memendekkan sedikit masa menunggu itu. Korang hanyalah lakukan cara itu sehinggalah link download muncul. Cubalah..

j a v a s c r i p t : v a r c = 0






Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...