Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

Monday, 15 August 2011

Gambar Anak Wayne Rooney Menjadi Koboi

Anak lelaki Wayne Rooney, Kai Rooney membuat penampilan istimewa sebagai koboi comel ketika dia menggayakan pakaian watak kegemarannya dalam animasi Toy Story, iaitu Sheriff Woody.


Ibunya, Coleen telah memuatnaik gambar-gambar anaknya yang berusia 20 bulan itu di laman sosial Twitter. Muka Kai dikatakan amat persis dengan bapanya dan ini mungkin diibaratkan bapa borek anak rintik.
Sekadar maklumat, Coleen dan Rooney telah berkahwin pada Jun 2008 di Itali manakala anaknya pula lahir pada November 2009.

Adakah Kai bakal memilih bidang hiburan ataupun mengikut jejak langkah bapanya sebagai pemain bola sepak profesional?




Friday, 5 August 2011

Lallakom Dan Churpchurp


Hari ni Lallakom ingin meluahkan perasaan mengenai Churpchurp..
Walaupun Lallakom bukannya ingin mengejar hasil daripada Churpchurp, tetapi Lallakom berasa sedikit 'terkilan' kerana seringkali mendapat klik yang sedikit..
Oppss terkilan?? Hehe..

Jangan salah paham lak.. Dah cuba banyak cara tetapi masih sedikit klik yang diperolehi.. Klik amat penting kan kerana ia juga menunjukkan kedatangan pembaca di blog kita dan juga laman sosial seperti Facebook serta Twitter.

Lallakom juga tidak pernah buat entry mengenai Churpchurp.
Tapi hari ni Lallakom ada terbaca satu topik [Teknik churp churp] – Bagaimana saya dapatkan 232 klik.
Wow!! Banyak kan..
Pape pon tahniah lah buat brader tersebut yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang Churpchurp ni.. Churpchurp ni tergolong dalam bidang kerjaya gak ke? Hehe..

So, dalam hati terasa lak nak ber'sifu' dengan brader ni..
Kalo korang nak belajar gak, apa kata serbu blog brader tersebut..
Mana la tahu kan murah rezeki ke.. Hehe..




Tuesday, 21 June 2011

Cara Mengetahui Follower Twitter Adalah SPAM!!

Korang mungkin berasa gembira jika melihat jumlah follower Twitter begitu ramai mencecah ribuan angka. Tapi korang harus tahu bahawa bukan semua follower korang tu adalah manusia sebenar. Atau dari kata lain mereka kebanyakan adalah Spam...!!!
Memang susah untuk mengecam mereka ni ialah Spam yang tak berguna. Tambahan follower korang ni memang ramai. Maklumlah orang terkenalkan. Hehe.. Pasti korang terasa takut ye..
Namun begitu, korang janganlah risau, kerana setiap masalah di dunia ni pasti ada ubat dan penawarnya.
Terdapat aplikasi yang dibuat khusus untuk mengesan mereka secara mudah..


Caranya:

1. Masuk Twitblock..
2. Klik Scan For Spam.
3. Pastikan korang dah sign in akaun Twitter korang.
4. Klik Allow untuk melakukan proses mengesan Spam.
5. Setelah selesai, di bahagian bawahnya akan muncul akaun dikesan sebagai Spam.
6. Korang bolehlah melakukan tindakan selanjutnya ke atas akaun itu.
7. Korang juga boleh mengesan Bot yang menyamar sebagai follower.

Cubalah..






Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...