Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, 16 August 2011

Komplikasi Soundtrack Twillight: Breaking Dawn Part 1


Peminat The Twillight Saga yang tidak sabar menanti tayangan rasmi filem Twillight: Breaking Dawn Part 1 bolehlah menarik nafas lega kerana komplikasi Soundtrack Twillight: Breaking Dawn Part 1 bakal berada di pasaran pada 8 November 2011, iaitu 10 hari sebelum tarikh rasmi tayangan filem ini di beberapa negara besar.

Setakat ini masih belum ada lagi lagu yang disahkan. Namun, terdapat spekulasi bahawa lagu yang berkemungkinan bakal berada dalam komplikasi tersebut ialah lagu Sister Rosetta (Capture the Spirit) yang dinyanyikan oleh Noisettes, band indie rock yang berasal dari London.

Tarikh rasmi tayangan Twillight: Breaking Dawn - Part 1 di Malaysia ialah pada 24 November 2011.






Saturday, 6 August 2011

Teh Uncang Bahaya Kepada Kita


Teh sememangnya telah diakui di beberapa negara dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia. Dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran semua golongan masyarakat.

Pada awal tahun ini, kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.
Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang.

Namun, korang harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri. Cumanya kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.

Apa yang Lallakom tahu,
Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit.

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta 'direndam' terlalu lama.
Hal ini disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh itu. Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang tersebut daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, iaitu teh menjadi lebih tahan lama.

Klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 - 5 minit, klorin akan ikut larut dalam teh. Dan banyak khasiat teh yang 'terhilang' akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman teh. Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.

Lallakom sentiasa bersahur dan berbuka dengan minuman teh.. Hehe




Friday, 29 July 2011

Kenyataan Anti-Yahudi: FAM Mohon Maaf


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memohon maaf kepada Chelsea berikutan kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lalu.

Menurut Reuters, FAM dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak.

“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea tidak membuat aduan mengenai kejadian yang didakwa berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu pada kadar segera, sebaliknya mereka hanya berbuat demikian kelmarin.

“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.

“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” kata kelab berkenaan.

Lallakom - Tak perlu nak minta maaf.. Masyarakat mereka senang-senang jer hina dan kutuk Islam serta Nabi. Malah mereka juga lebih dari itu, iaitu bunuh umat Islam..
Takde pon pengumuman mohon maaf secara terbuka..




Banci 2010: Penduduk Malaysia Kini 28.3 Juta Orang


PUTRAJAYA: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (Banci) 2010 menunjukkan jumlah penduduk negara ini adalah 28.3 juta, berbanding 23.3 juta pada 2000.
Daripada jumlah penduduk terkini itu, sebanyak 14,562,638 orang adalah lelaki manakala 13,771,497 adalah perempuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak dua peratus untuk tempoh 2000-2010.
Menurutnya, kadar itu adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991-2000.
"Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 17.8 peratus, diikuti oleh Selangor (2.7 peratus), Melaka (2.6 peratus) dan Sabah (2.1 peratus).
"Antara negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu (1.4 peratus), Perak (1.4 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (1.3 peratus) dan Perlis (1.2 peratus)," katanya pada sidang media pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi, Banci 2010 di sini, Jumaat.

Friday, 24 June 2011

Genting Casinos Penaja Utama Aston Villa


"Penyerang Aston Villa, Gabby Agbonlahor bergaya dengan jersi baru Aston Villa yang kini ditaja oleh Genting UK"

Kelab EPL, Aston Villa telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kerjasama kelab berkenaan dengan Genting dalam tempoh selama dua tahun, bermula 1 Julai dan merangkumi musim 2011-12 dan 2012-13.

Menerusi perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak, jersi kelab Aston Villa semasa beraksi di laman sendiri dan tempat lawan juga akan dilengkapi dengan logo Genting Casinos selama dua musim.
Jumlah sebenar tajaan itu masih belum diumumkan lagi setakat ini.

Jersi ini sekarang sudah boleh dibeli secara pre-order dan akan berasa di pasaran pada July 14.

Lallakom:

Walaupun syarikat Malaysia telah menaja kelab ini, perasaan ingin membeli serta memakai jersi ini terbantut disebabkan perkataan 'Casinos' yang terpapar jelas di jersi berkenaan. Jadi lupakan sajalah niat untuk menyokong syarikat Malaysia ini. Apa-apapun tahniahlah buat Genting yang berjaya menjadi penaja kelab ini dan juga menjadi jenama baru di EPL.
Semoga kelab Aston Villa terus berjaya dan diharapkan agar menjalinkan kerjasama dengan kelab-kelab Liga Malaysia demi memajukan bola sepak Malaysia dan dunia.

Sumber AVFC





Wednesday, 22 June 2011

Malam Penentuan Kelayakan Olimpik


Adakah Malaysia akan layak ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Olimpik 2012?
Perlawanan pertama menentang Lubnan di tempat lawan agak hambar sedikit walaupun Malaysia banyak mencipta peluang.
Jadi diharapkan perlawanan di tempat sendiri mampu mencipta kemenangan mutlak sekaligus layak ke pusingan seterusnya dan tidak mustahil layak ke Olimpik London 2012.
Walaupun ketiadaan pertahanan kental, Mahali Jasuli yang digantung perlawanan, Ong Kim Swee masih mempunyai percaturan yang tersendiri untuk membuahkan kejayaan bagi skuad Bawah 23 Malaysia ini.
Sedikit info, Mahali merupakan seorang pemain yang berpengalaman bukan sahaja beraksi bersama skuad Olimpik malah dia juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Malaysia.

Apa yang kurang menariknya ialah cara permainan Gurusamy yang seringkali mengundang padah dan bencana bagi skuad ini. Cara terjahan yang dilakukannya agak kasar dan menampakkan kesalahan yang nyata untuk memaksa pengadil melayangkan kad kuning dan juga menghadiahkan sepakan percuma kepada skuad lawan dan hal ini memberi kelebihan kepada mereka di hadapan gol skuad negara.

Terakhir sekali, kecemerlangan dan ketangkasan Khairul Fahmi sentiasa ditagih untuk kejayaan skuad negara.

Lallakom - Malaysia 3-0 Lubnan. Huhu..





Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...