Perlawanan Liga Perdana Inggeris secara rasminya akan bermula pada 13hb (Sabtu). Namun disebabkan berlakunya rusuhan di kota London, maka beberapa pasukan sudah memohon untuk menangguh perlawanan nanti. Antara yang sudah pastinya ialah Tottenham Hotspur lawan Everton.
Lupakan rusuhan tersebut, kita fokuskan tentang keputusan penuh bagi perlawanan persahabatan, siri jelajah dan juga piala bagi kelab-kelab EPL ini. Walaupun keputusan ini bukan sebagai batu penanda kejayaan di Liga EPL kelak, namun sudah pasti ia mampu akan menyakinkan penyokong mereka untuk terus bersama menyokong kelab tersebut.
Adakah pendatang baru seperti Swansea, QPR dan Norwich mampu bertahan dalam kancah Liga Perdana Inggeris ataupun tersingkir kembali ke Liga Kejuaraan?
ARSENAL
16/06 Hangzhou Lucheng 1-1 Arsenal
13/07 Malaysia 0-4 Arsenal
23/07 Köln 1-2 Arsenal
30/07 Arsenal 2-2 Boca Juniors
31/07 Arsenal 1-1 New York RB
07/08 Benfica 1-1 Arsenal
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Thursday, 11 August 2011
Wednesday, 22 June 2011
Malam Penentuan Kelayakan Olimpik
Adakah Malaysia akan layak ke pusingan seterusnya dalam Kelayakan Olimpik 2012?
Perlawanan pertama menentang Lubnan di tempat lawan agak hambar sedikit walaupun Malaysia banyak mencipta peluang.
Jadi diharapkan perlawanan di tempat sendiri mampu mencipta kemenangan mutlak sekaligus layak ke pusingan seterusnya dan tidak mustahil layak ke Olimpik London 2012.
Walaupun ketiadaan pertahanan kental, Mahali Jasuli yang digantung perlawanan, Ong Kim Swee masih mempunyai percaturan yang tersendiri untuk membuahkan kejayaan bagi skuad Bawah 23 Malaysia ini.
Sedikit info, Mahali merupakan seorang pemain yang berpengalaman bukan sahaja beraksi bersama skuad Olimpik malah dia juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Malaysia.
Apa yang kurang menariknya ialah cara permainan Gurusamy yang seringkali mengundang padah dan bencana bagi skuad ini. Cara terjahan yang dilakukannya agak kasar dan menampakkan kesalahan yang nyata untuk memaksa pengadil melayangkan kad kuning dan juga menghadiahkan sepakan percuma kepada skuad lawan dan hal ini memberi kelebihan kepada mereka di hadapan gol skuad negara.
Terakhir sekali, kecemerlangan dan ketangkasan Khairul Fahmi sentiasa ditagih untuk kejayaan skuad negara.
Lallakom - Malaysia 3-0 Lubnan. Huhu..
Friday, 17 June 2011
Harimau Malaya Lawan Myanmar di Kota Bharu
Bagi penyokong bola sepak tanahair di Pantai Timur terutama Kelantan, janganlah lepaskan peluang keemasan datang beramai-ramai ke Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dengan Myanmar pada malam ini. Lallakom difahamkan harga tiket bagi orang dewasa adalah RM15.
Perlawanan ini dikatakan begitu istimewa kerana ini adalah perlawanan skuad negara pertama di luar Lembah Klang. Ditambahkan lagi dengan kehadiran penyokong Kelantan Red Warrior yang sentiasa memenuhi setiap ruang dan penjuru stadium dalam saingan Liga Malaysia mampu merancakkan lagi suasana serta aksi perlawanan persahabatan pada malam ini.
Walaupun ketiadaan Norshahrul Idlan Tahala yang mengalami kecederaan hamstring serta beberapa lagi penyerang kebangsaan yang lain, skuad negara dijangka mampu memberi tentangan sengit kepada skuad Myanmar. Diharapkan gandingan mantap Safiq Rahim dan Abdul Hadi Yahya dapat mencipta sebuah kemenangan yang bergaya sekaligus meningkatkan lagi reputasi Malaysia.
Lallakom - Malaysia Boleh!!!

Thursday, 16 June 2011
Berita Baik buat Peminat Harimau Malaya!!
"Skrin besar di Dataran Merdeka
PEMINAT bola sepak tempatan berpeluang untuk menonton siaran langsung perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia menentang Lebanon melalui skrin besar di Dataran Merdeka pada Ahad ini bermula pukul 10.30 malam."
Petikan Kosmo! Online.
Nampaknya peminat bola sepak tanahair bolehlah datang beramai ramai ke dataran merdeka utk menonton siaran langsung perlawanan skuad Olimpik Malaysia menentang Lebanon.
Perlawanan second leg pula akan berlangsung pada 23 Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Lupakan seketika Liga Malaysia dan Piala FA yg lepas, ayuh kita tunjukkan sokongan kita pada skuad kebanggaan yg mampu mencipta sejarah baru..
Kita saksikan!!

Subscribe to:
Posts (Atom)