Friday 17 June 2011

Harimau Malaya Lawan Myanmar di Kota Bharu

Bagi penyokong bola sepak tanahair di Pantai Timur terutama Kelantan, janganlah lepaskan peluang keemasan datang beramai-ramai ke Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dengan Myanmar pada malam ini. Lallakom difahamkan harga tiket bagi orang dewasa adalah RM15.

Perlawanan ini dikatakan begitu istimewa kerana ini adalah perlawanan skuad negara pertama di luar Lembah Klang. Ditambahkan lagi dengan kehadiran penyokong Kelantan Red Warrior yang sentiasa memenuhi setiap ruang dan penjuru stadium dalam saingan Liga Malaysia mampu merancakkan lagi suasana serta aksi perlawanan persahabatan pada malam ini.

Walaupun ketiadaan Norshahrul Idlan Tahala yang mengalami kecederaan hamstring serta beberapa lagi penyerang kebangsaan yang lain, skuad negara dijangka mampu memberi tentangan sengit kepada skuad Myanmar. Diharapkan gandingan mantap Safiq Rahim dan Abdul Hadi Yahya dapat mencipta sebuah kemenangan yang bergaya sekaligus meningkatkan lagi reputasi Malaysia.

Lallakom - Malaysia Boleh!!!






No comments:

Post a Comment

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...