Showing posts with label Epl. Show all posts
Showing posts with label Epl. Show all posts

Tuesday, 16 August 2011

Siapa Wanita Di Bangku Simpanan Chelsea?

Sesape yang menonton perlawanan antara Stoke dengan Chelsea pasti akan terperasan adanya seorang perempuan berpakain serba biru (Chelsea) yang duduk di bangku simpanan bersama dengan Andre Villa-Boas serta jurulatih yang lain.



Berdasarkan sumber Chelseafc.com, wanita yang bernama Eva Carneiro ini merupakan doktor bagi skuad simpanan dan akademi bola sepak remaja Chelsea.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat dengan skuad bola sepak wanita England dan juga doktor bagi atlet negara Britain pada Sukan Olimpik di Beijing.

Mungkinkah selepas ini pasukan Liga Super Malaysia juga akan memberi peluang kepada doktor wanita Malaysia untuk berkhidmat bersama-sama demi memajukan sukan dan bola sepak Malaysia?




Friday, 12 August 2011

Senarai Rasmi Perpindahan Pemain EPL


Untuk memeriahkan lagi suasana perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris serancak rusuhan di utara London, di sini terdapat senarai rasmi penuh perpindahan pemain-pemain kelab EPL ini.
Lupakan sekejap mengenai rusuhan dan darurat di sana dan kita terus fokuskan kegilaan bola yang tergila-gila.

Antara perpindahan yang bakal berlangsung beberapa jam nanti adalah Cesc Fabregas dari Arsenal ke Barcelona dengan yuran perpindahan mungkin sebanyak £36 juta.
Selain itu, khabar angin yang bertiup kencang juga menyatakan pemain Arsenal Samir Nasri bakal berhijrah ke kelab Manchester City.
Namun khabar angin mungkin hanyalah khabar angin yang berlalu begitu saja ketika hujan di pantai timur Malaysia ini.

Berikut adalah senarai rasmi perpindahan pemain-pemain Liga Perdana Inggeris.

Thursday, 11 August 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Pra-Musim Pasukan EPL

Perlawanan Liga Perdana Inggeris secara rasminya akan bermula pada 13hb (Sabtu). Namun disebabkan berlakunya rusuhan di kota London, maka beberapa pasukan sudah memohon untuk menangguh perlawanan nanti. Antara yang sudah pastinya ialah Tottenham Hotspur lawan Everton.

Lupakan rusuhan tersebut, kita fokuskan tentang keputusan penuh bagi perlawanan persahabatan, siri jelajah dan juga piala bagi kelab-kelab EPL ini. Walaupun keputusan ini bukan sebagai batu penanda kejayaan di Liga EPL kelak, namun sudah pasti ia mampu akan menyakinkan penyokong mereka untuk terus bersama menyokong kelab tersebut.

Adakah pendatang baru seperti Swansea, QPR dan Norwich mampu bertahan dalam kancah Liga Perdana Inggeris ataupun tersingkir kembali ke Liga Kejuaraan?

ARSENAL
16/06                     Hangzhou Lucheng 1-1 Arsenal
13/07                                  Malaysia 0-4 Arsenal
23/07                                          Köln 1-2 Arsenal
30/07                                      Arsenal 2-2 Boca Juniors
31/07                                      Arsenal 1-1 New York RB
07/08                                      Benfica 1-1 Arsenal

Saturday, 6 August 2011

Preview : Man City Lwn Man Utd


Saksikan pertemuan derby antara dua musuh setempat dalam perlawanan Perisai Komuniti English ataupun juga dikenali English Comunity Shield.

Pertemuan yang dijangka sengit ini mungkin menarik ramai penyokong untuk meluahkan sokongan terhadap pasukan masing-masing.

Bagi peminat di Malaysia, korang bolehlah mula menunggu di depan tv pada pukul 9.30 malam ini di Astro Star Sports Channel 813.

Man city berpeluang untuk menurunkan permain baru mereka, Kun Aguero untuk bergandingan dengan Tevez di barisan hadapan. Manakala Man United masih berpeluang untuk mengekalkan rentak momentum juara mereka yang setakat ini masih berbisa lagi.

Siapa juara?
Lallakom predict Man City 2-1 Man Utd.
Hehehe..




Saturday, 30 July 2011

Gerrard Terlepas Lagi


Kapten Liverpool, Steven Gerrard bakal disisihkan lagi mungkin sehingga September disebabkan kecederaan groin yang masih berulang.

Sekadar maklumat, Gerrard tidak mengikuti jelajah bersama rakan sepasukannya ke Asia seperti China dan Malaysia.

Paling kurang, beliau akan terlepas 3 perlawanan liga, yang mana perlawanan pembukaan liga menentang Sunderland dan seterusnya Arsenal dan Bolton.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Liverpool menyatakan Gerrard telah memulakan rawatan antibiotik susulan untuk pencegahan yang berkaitan dengan masalah kecederaan groin yang dihadapi oleh beliau.
Beliau juga dijangkakan perlu tinggal di hospital untuk beberapa hari lagi sehingga semua prosedur yang diambil selesai.

Gerrard juga mungkin bakal terlepas untuk perlawanan pasukan England pada kelayakan Euro 2012 menentang Bulgaria (2 September) dan Wales (6 September).

Ketiadaan Gerrard ini bakal memberi peluang kepada Chalie Adam untuk menggalas peranan pemain tengah dan juga membantu kemenangan Liverpool yang kehausan kejuaraan dan piala.
Siapa Charlie Adam? Klik Sini.




Friday, 29 July 2011

Kenyataan Anti-Yahudi: FAM Mohon Maaf


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memohon maaf kepada Chelsea berikutan kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lalu.

Menurut Reuters, FAM dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak.

“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea tidak membuat aduan mengenai kejadian yang didakwa berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu pada kadar segera, sebaliknya mereka hanya berbuat demikian kelmarin.

“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.

“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” kata kelab berkenaan.

Lallakom - Tak perlu nak minta maaf.. Masyarakat mereka senang-senang jer hina dan kutuk Islam serta Nabi. Malah mereka juga lebih dari itu, iaitu bunuh umat Islam..
Takde pon pengumuman mohon maaf secara terbuka..




Friday, 8 July 2011

City of Manchester Stadium Bertukar Nama

"Stadium kelab bola sepak Manchester City, City of Manchester Stadium telah bertukar nama menjadi Etihad Stadium."

Manchester City akan bermain di tempat sendiri selama 10 tahun ini di Etihad Stadium setelah perjanjian hak penamaan stadium dimeterai pada hari Jumaat.

Dahulu dikenali sebagai City of Manchester Stadium, stadium ini akan membawa nama penaja utama syarikat penerbangan berpengkalan di Abu Dhabi, Etihad Airways yang juga telah menaja jersi kelab itu.


Juara FA Cup 2011 ini telah diambil alih oleh ahli perniagaan terkemuka yang juga pemilik konsertium di Abu Dhabi.

Sehingga hari ini, City belum lagi menyatakan jumlah sebenar yang diperolehi berdasarkan perjanjian tersebut.





Thursday, 7 July 2011

Siapa Charlie Adam


"Rasmi: Charlie Adam telah bergelar pemain Liverpool setelah berjaya ujian perubatan dan melengkapkan kontrak perpindahan berjumlah dalam lingkungan £8 juta."

Charles Graham "Charlie" Adam (lahir 10 Disember 1985) merupakan seorang pemain antarabangsa Scotland dan juga kapten kelab Blackpool, kelab EPL yang baru tersingkir kembali ke Liga Kejuaraan. Beliau bermain di posisi tengah midfield.
Beliau juga merupakan anak kepada Charles "Charlie" Adam (lahir 5 April 1962) yang juga merupakan pemain bola sepak pada era 80-an.

Charlie Adam memulakan karier pemain remaja di akademi bola sepak kelab Scotland, Dundee FC dan Rangers FC. Beliau telah dipinjamkan ke banyak kelab sebelum dapat beraksi secara kerap di Rangers. Setelah kembali ke Rangers pada penghujung musim 2006, beliau telah diberikan kepercayaan untuk diberi peluang beraksi secara kerap di bawah pengurus Paul Le Guen dan Walter Smith. Adam juga merupakan antara pemain pasukan Rangers yang telah mara ke Final 2008 UEFA Cup.

Pada awal 2009, beliau dipinjamkan ke kelab Blackpool dan seterusnya dibeli oleh Blackpool sejumlah £500,000 pada awal musim 2009-2010.

Persembahannya bersama Blackpool sangat menakjubkan dan ternyata beliau membuktikan keupayaan dirinya dengan menjaringkan sebanyak 30 gol dalam 91 aksinya bersama Blackpool. Beliau merupakan pakar sepakan percuma dan ternyata gol-gol yang dijaringkannya dihasilkan melalui sepakan percuma yang amat menarik.

Perpindahan ke Livepool bakal menggandingkannya bersama Steven Gerrard dan mungkin juga sebagai pengganti Gerrard. Siapa tahu..

Lallakom - Pemain kegemaran di Fantasy Premier League kerana sering kali mendapat point yang tinggi setiap minggu.





Friday, 24 June 2011

Genting Casinos Penaja Utama Aston Villa


"Penyerang Aston Villa, Gabby Agbonlahor bergaya dengan jersi baru Aston Villa yang kini ditaja oleh Genting UK"

Kelab EPL, Aston Villa telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kerjasama kelab berkenaan dengan Genting dalam tempoh selama dua tahun, bermula 1 Julai dan merangkumi musim 2011-12 dan 2012-13.

Menerusi perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak, jersi kelab Aston Villa semasa beraksi di laman sendiri dan tempat lawan juga akan dilengkapi dengan logo Genting Casinos selama dua musim.
Jumlah sebenar tajaan itu masih belum diumumkan lagi setakat ini.

Jersi ini sekarang sudah boleh dibeli secara pre-order dan akan berasa di pasaran pada July 14.

Lallakom:

Walaupun syarikat Malaysia telah menaja kelab ini, perasaan ingin membeli serta memakai jersi ini terbantut disebabkan perkataan 'Casinos' yang terpapar jelas di jersi berkenaan. Jadi lupakan sajalah niat untuk menyokong syarikat Malaysia ini. Apa-apapun tahniahlah buat Genting yang berjaya menjadi penaja kelab ini dan juga menjadi jenama baru di EPL.
Semoga kelab Aston Villa terus berjaya dan diharapkan agar menjalinkan kerjasama dengan kelab-kelab Liga Malaysia demi memajukan bola sepak Malaysia dan dunia.

Sumber AVFC





Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...