Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Chelsea. Show all posts

Monday, 12 September 2011

Islam Feruz: 'Wayne Rooney Scotland' Ke Chelsea

Islam Feruz

Chelsea telah berjaya menyaingi kelab Manchester United dan Manchester City untuk memancing pemain remaja kelab Celtic yang berbakat tinggi serta dikaitkan sebagai 'Wayne Rooney Scotland'.
Pemain tersebut, Islam Feruz, 15 yang berasal dari Somalia tetapi memilih bermain untuk Scotland pada peringkat remaja (Bawah-17).

Islam Feruz juga telah dihubungi oleh Newcastle United sebelum ini kerana Newcastle juga sudah lama memantaunya sejak dua tahun lalu iaitu sejak kedatangannya dari Somalia.

Dengan bakat luar biasanya, perbandingan antara Islam dengan bintang Manchester United, Rooney sering diperkatakan oleh peminat. Islam juga memiliki kekuatan yang luar biasa dan juga boleh bermain di kedua-dua belah sayap.

Namun tidak seperti Rooney, Islam begitu baik dan jujur di atas padang dan tidak menangis merayu di depan pengadil ataupun bertengkar dengan pengadil.

Video Islam Feruz Ketika Beraksi Untuk Scotland Bawah-17.




Tuesday, 16 August 2011

Siapa Wanita Di Bangku Simpanan Chelsea?

Sesape yang menonton perlawanan antara Stoke dengan Chelsea pasti akan terperasan adanya seorang perempuan berpakain serba biru (Chelsea) yang duduk di bangku simpanan bersama dengan Andre Villa-Boas serta jurulatih yang lain.



Berdasarkan sumber Chelseafc.com, wanita yang bernama Eva Carneiro ini merupakan doktor bagi skuad simpanan dan akademi bola sepak remaja Chelsea.
Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat dengan skuad bola sepak wanita England dan juga doktor bagi atlet negara Britain pada Sukan Olimpik di Beijing.

Mungkinkah selepas ini pasukan Liga Super Malaysia juga akan memberi peluang kepada doktor wanita Malaysia untuk berkhidmat bersama-sama demi memajukan sukan dan bola sepak Malaysia?




Monday, 8 August 2011

England: Lampard Tersisih, Tom Cleverley Dipanggil

Lampard

Pemain midfield Chelsea, Frank Lampard bakal tersisih daripada skuad England untuk menghadapi Belanda pada hari Rabu ini kerana masih mengalami kesakitan.

Lampard bakal menyertai Jack Wilshere dan Michael Carrick dalam senarai pemain midfield yang tidak dipanggil bagi pertemuan tersebut, selepas dia mengalami jangkitan tekak.

Tom Cleverly

Tom Cleverley, pemain Manchester United yang kini semakin menyerlah telah dipanggil sebagai gantian selepas dia dimasukkan ke dalam prestasi yang mengagumkan untuk Manchester United dalam kemenangan Piala Community Shield ke atas musuh setempat Manchester City Ahad lalu.

Selain itu, penyerang Aston Villa, Darren Bent juga terpaksa menarik diri daripada senarai pasukan kebangsaan England kerana dia sedang dirawat akibat kecederaan bahu.

Danny Welbeck, seorang lagi pemain remaja Manchester United yang mempamerkan aksi yang memuaskan pada hujung minggu lalu, berkemungkinan besar bakal berada dalam senarai skuad England.

Lawan England nanti, Belanda juga bakal tampil tanpa penyerang Arsenal, Robin van Persie, disebabkan penyerang itu kini mengalami masalah kecederaan buku lali.

Barisan skuad England: Robert Green, Joe Hart, David Stockdale, Leighton Baines, Gary Cahill, Ashley Cole, Rio Ferdinand, Phil Jagielka, Joleon Lescott, Micah Richards, John Terry, Kyle Walker, Gareth Barry, Tom Cleverley, Stewart Downing, Adam Johnson, Frank Lampard, James Milner, Scott Parker, Ashley Young, Andy Carroll, Peter Crouch, Wayne Rooney, Danny Welbeck.




Friday, 29 July 2011

Kenyataan Anti-Yahudi: FAM Mohon Maaf


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memohon maaf kepada Chelsea berikutan kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lalu.

Menurut Reuters, FAM dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak.

“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea tidak membuat aduan mengenai kejadian yang didakwa berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu pada kadar segera, sebaliknya mereka hanya berbuat demikian kelmarin.

“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.

“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” kata kelab berkenaan.

Lallakom - Tak perlu nak minta maaf.. Masyarakat mereka senang-senang jer hina dan kutuk Islam serta Nabi. Malah mereka juga lebih dari itu, iaitu bunuh umat Islam..
Takde pon pengumuman mohon maaf secara terbuka..




Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...