Showing posts with label Mizz Nina. Show all posts
Showing posts with label Mizz Nina. Show all posts

Friday, 12 August 2011

Jay-Z Senarai Teratas Artis Hip Hop Terkaya

Imej Jay-Z yang tak seberapa macho

Penyanyi hip-hop terkenal, Jay-Z telah disenaraikan dalam majalah Forbes sebagai artis hip hop terkaya (Hip Hop Cash Kings) selama 4 tahun berturut-turut.
Penyanyi ini dikatakan telah mengumpul pendapatan sebanyak $37 juta pada tahun lepas.
Dalam senarai tersebut, hanya seorang artis wanita iaitu Nicki Minaj yang mengumpul sebanyak $6.5 juta.

Antara senarai Top 20 Forbes' Hip-Hop Cash Kings 2011:

1. Jay-Z: $37 juta
2. Diddy: $35 juta
3. Kanye West: $16 juta
4. Lil Wayne: $15 juta
4. Bryan "Birdman" Williams: $15 juta
6. Eminem: $14 juta
6. Snoop Dogg: $14 juta
6. Dr. Dre: $14 juta
9. Akon: $13 juta
10. Ludacris: $12 juta
11. Wiz Khalifa: $11 juta
11. Drake: $11 juta
13: Pharrell Williams: $10 juta
14. Timbaland: $7 juta
15. Swizz Beatz: $6.5 juta
15. Nicki Minaj: $6.5 juta
17. Rick Ross: $6 juta
17. 50 Cent: $6 juta
17. Pitbull: $6 juta
20. T-Pain: $5 juta
20. B.o.B: $5 juta

Mungkinkah Mizz Nina bakal tersenarai dalam senarai ini 3 tahun lagi?





Saturday, 25 June 2011

Mizz Nina Melangkah Lebih Jauh


Nampaknya artis Malaysia bertaraf antarabangsa ini telah melangkah lebih jauh ke hadapan dengan berduet dengan penyanyi hip hop antarabangsa, Flo Rida dalam single lagu Take Over.

Kini lagu tersebut telah pun berkumandang di semua stesen radio tempatan dan sedang menaiki carta muzik paling popular.
Selain itu, Nina dan Flo Rida telah pun mempersembahkan lagu Take Over itu pada konsert Flo Rida di Bangkok dua minggu lalu dan lagu tersebut mendapat perhatian daripada penonton-penonton di sana.

Menurut Nina, khabar angin kerjasamanya dengan Justin Timberlake adalah tidak benar dan dia tidak pernah berbincang dengan pihak pengurusan Justin bagi sebarang perancangan duet.
Kolaborasi Mizz Nina dengan Flo Rida bakal menjadi fenomena baru di Malaysia setelah single pertamanya, What You Waiting For (duet dengan Colby O'Donis) telah pun menjadi siulan orang ramai.

Sumber : Mstar Online




Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...