Thursday 11 August 2011

James Wan: Pengarah Seram Kelahiran Malaysia

James Wan

Korang pernah tak tengok citer SAW? Tak pon Paranormal Activity? Ataupun yang terbaru Insidious, yang baru ditayangkan beberapa bulan lalu.

Kalo korang belum tahu serta perasan, 'orang penting' di sebalik tabir citer tersebut merupakan seorang pengarah filem seram warganegara Australia yang lahir di Malaysia.
Beliau dilahirkan di Kuching dan dibesarkan di Perth, Australia.
Memiliki cita-cita menjadi pengarah filem sejak berusia 11 tahun lagi, beliau telah berjaya menamatkan pengajian di Royal Melbourne Institute of Technology untuk mendapatkan ijazah Bachelor of Arts.

Beliau ni seorang yang agak serba boleh. Ternyata keupayaannya mombolehkan beliau menjadi pengarah, penerbit dan juga penulis filem-filem yang 'pecah-panggung' seperti SAW, SAW II, SAW III, SAW IV, SAW V, SAW VI, Insidious, House of Horror, Dead Silence, Death Sentence dan Spectrum.

Projek terbarunya ialah mengarahkan filem yang diadaptasikan daripada novel Fall Night, yang bakal mengisahkan seorang banduan yang telah dihantar ke penjara di Texas berusaha untuk melarikan diri daripada Vampire.

Antara hasil kerja tangannya yang paling dikenali ialah Billy The Puppet, patung yang menaiki basikal dalam legasi filem SAW. Billy sememangnya agak 'psiko' dan 'angker' walaupun patung ini hanyalah sekadar menghantar rakaman suara kepada mangsa dan bukannya membunuh orang.

Billy The Puppet

Filem SAW yang ditulis dan diarahnya telah berjaya memenangi pelbagai anugerah di Brussels International Festival of Fantasy Film, Gérardmer Film Festival dan San Sebastián Horror and Fantasy Film Festival.

Jika korang belum lagi menonton filemnya, bolehlah mula mencarinya di pasaran dan Internet. Hehe..




5 comments:

  1. wahh, tak sangka filem saw tu dia yang arah..

    ReplyDelete
  2. @titan dia tak femes kat malaysia kot walaupun karyanya amat bermutu.

    ReplyDelete
  3. Tak sangkah dia pengarah kelahiran malaysia. terbaik.

    ReplyDelete
  4. @Ronaldmohani kelahiran je la..hehe

    ReplyDelete
  5. nak tgk tahap takut tu dah tahap super saiya beb haha

    ReplyDelete

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...