Friday 5 August 2011

WWE : Barack Obama Bergusti Dengan Booker T


Korang nak tahu tak?
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah 'turun ke padang' untuk meluangkan masa bersama rakyat di gelanggang gusti WWE.

Apa yang menarik sempena WWE Capitol Punishment tersebut, Obama juga telah memberi ucapan dan juga naik ke gelangang untuk 'bergusti' dengan Booker T selepas dicabar oleh Booker T.

Namun, Obama hanya sempat menunjukkan tarian 'breakdance' di atas gelanggang tersebut.

Nak tengok video Obama??



Amacam? Hebat tak Presiden Amerika Syarikat ni? Hehe..

Tapi korang jangan salah sangka lak.. Ni bukanlah Obama yang sebenar, tetapi 'klon' Obama. Seorang pelakon komedi, Reggie Brown berjaya melakonkan watak Obama ketika perlawanan gusti WWE Capitol Punishment itu.

Dia juga membuat penonton ketawa dan pecah perut dengan membuat lawak perkauman dan lawak berkaitan dengan Obama dan parti Republikan semasa memberi ucapan di sana..

Hal ini boleh berlaku di Amerika Syarikat kerana negara tersebut mempunyai kebebasan yang tidak terbatas dalam pelbagai hal termasuk boleh membuat lawak dan mengutuk pemimpin negara mereka sendiri.

Bagaimana pulak dengan Malaysia?? Hehehe..




4 comments:

  1. mereka mengamalkan sistem demokrasi yang sebear-benarnya. rakyat mempunyai hak untuk bersuara.. tapi tidak di malaysia. pasti tahan pihak berkuasa~

    ReplyDelete
  2. @dhiera - ada baik dan buruk juga kebebasan bersuara ni..:)

    ReplyDelete

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...