Friday 29 July 2011

Kenyataan Anti-Yahudi: FAM Mohon Maaf


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memohon maaf kepada Chelsea berikutan kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lalu.

Menurut Reuters, FAM dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak.

“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea tidak membuat aduan mengenai kejadian yang didakwa berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu pada kadar segera, sebaliknya mereka hanya berbuat demikian kelmarin.

“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.

“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” kata kelab berkenaan.

Lallakom - Tak perlu nak minta maaf.. Masyarakat mereka senang-senang jer hina dan kutuk Islam serta Nabi. Malah mereka juga lebih dari itu, iaitu bunuh umat Islam..
Takde pon pengumuman mohon maaf secara terbuka..




4 comments:

  1. Fam tunjuk professional dengan memohon maaf.. bagus.. Tapi adakah FAM mohon maaf kepada rakyat Malaysia yang protes dengan kehadiran seorang warganegara Israel, perasaan umat Islam juga terguris. Ini jadi bila ikut telunjuk barat.

    ReplyDelete
  2. yer..anda betol..sensitiviti masyarakat kita juga kena jaga..

    ReplyDelete
  3. sejahat mana pon israel buat kat kita, kita layan la secara baik, mungkin satu hari nanti, terbukak jugak hati sesetengah dari bangsa israel laknatullah nie untuk sertai islam..kan..heehe

    jom la follow
    http://mynadi.blogspot.com/

    dan forum bizness
    http://prsmrsm.blogspot.com/

    btw..aku x jumpa pon ko punya tempat nak follow..

    ReplyDelete
  4. mharapkan mereka menerima islam mungkin bagaikan pepatah ibarat menunggu kucing bertanduk dua..
    tapi mana la tahukan..masa menentukan segalanya..hehe..

    follow kat bar atas ade kan..

    ReplyDelete

Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...